lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Isnin

jualan kereta LELONG , kereta murah & beli kereta lelong

Jualan kereta LELONG , kereta murah,  beli kereta LELONG antara yang popualar/kerap dalam carian / search di internet. Ini mengambarkan minat atau kehendak banyak orang dan ingin mengetahui mengenai jualan LELONG kenderaan / kereta. Secara langsung memberikan maksud bahawa kini pembeli telah mula beralih dari membeli kenderaan / kereta dari penjual kereta terpakai / dealer usedcar pada terus buat pembelian di tempat jualan kenderaan LELONG. Dimana boleh dapat kenderaan / kereta dibeli dengan harga lebih rendah/murah.
Sabtu lepas, pembeli yang dibawa ketempat jualan kenderaan LELONG menyatakan bahawa setelah ia temui blog ini, timbul hasrat bagi mendapatkan kenderaan dan terus hubungi / CALL 013 255 2000 untuk masuk serta beli kenderaan bagi kegunaan sendiri. Sebuah kereta honda civic telah pun dibeli melalui jualan LELONG. Dengan hanya RM 7 ribu harga yang dibeli ditempat jualan LELONG, sedangkan harga pasaran kereta berkenaan adalah lebih kurang RM 30 ribu. Amat tidak diduga olehnya mendapat kenderaan sebegitu murah, menurut katanya jika dibeli ditempat dealer usedcar yang sebelum ini beliau telah tanya, kereta berkenaan berharga RM 32 ribu, jika dibeli dengan pinjaman selama 5 tahun, ianya menjangkau lebih RM 40 ribu. Menurut katanya lagi, jika kereta berkenaan di LELONG dengan harga RM 20 ribu pun dia sanggup beli, inikan pula dengan hanya RM 7 ribu. Barulah kini beliau faham, sememangnya murah jika terus dapatkan kenderaan yang dijual secara LELONG. Jika dikira berapa banyak yang perlu dikeluarkan lagi kos untuk kenderaan berkenaan, RM 100 untuk tukar nama, RM 40 untuk pemeriksaan puspakom, lebih kurang RM 700 untuk insuran dan lebih kurang RM 250 untuk cukai jalan. Lebih kurang RM 1,000 lagi dikeluarkan untuk proses tukarnama seperti di atas. Ini menjadikan kenderaan berkenaan lebih kurang RM 8 ribu. Bandingkanlah jika kenderaan berkenaan dibeli dengan dealer usedcar, berapa jauh bezanya, berapa banyak keuntungannya dan berapa pulak kerugian pembeli berkenaan bagi menanggung sengsara bebanan hutang selama 5 tahun.

Itu satu contoh, lebih 10 tahun berkongsi pengelaman dengan para pembeli yang dibawa ketempat jualan kenderaan LELONG, satu lagi pengelaman yang patut disyer dengan semua pembaca, pada tahun 2007 lalu, hampir hari raya, seorang anggota polis yang menghubungi saya untuk membeli kereta di tempat jualan LELONG. Menurut katanya beliau tidak boleh buat pinjaman kerana sebelum ini dia menjadi penjamin pinjaman yang dibuat oleh kawannya. Kawannya lari tak bayar hutang dan dia yang kena bayar hutang. Pinjaman tidak begitu banyak cuma RM 40 ribu saja, dia buat bayaran melalui potongan gaji dan tidak lagi boleh buat pinjaman dengan mana-mana bank kerana namanya ''blacklist'. Sambil dia ceritakan pada saya, air mata jatuh secara tak sengaja. Dan dia ambil duit isterinya yang bekerja kilang untuk beli kereta, katanya lagi dia ada anak dan kereta berkenaan nak hantar anak kesekolah. Sekarang guna motor untuk semua urusan, agak malu pada kawan-kawan dan dia sangat-sangat perlukan sebuah kereta. Semasa membawanya ketempat LELONG, wang ditangan ada RM 9 ribu, dia tak kisah kereta apa pun tak apa. Setelah melalui proses jualan LELONG, beliau berjaya dapat kereta wira 1.6 SE, dapat dengan harga RM 6 ribu. Setelah buat pembayaran keseluruhan kereta berkenaan terus dikeluarkan dari stor. Semasa dalam perjalanan balik, beliau beritahu inilah yang dia sangat-sangat gembira hinggakan tak dapat nak cakap cuma linangan air mata yang mengalir. Kereta berkenaan boleh terus di hidupkan dengan menggunakan 'jumper', apabila sampai di petrol pum, masukkan minyak terus jalan. Akhir katanya jika ke melaka, call dia. Ini satu-satunya kisah yang tak dapat saya lupakan hingga hari ini. Untuk makluman wira yang dibeli dengan harga RM 6 ribu itu, harga pasaran ketika itu ialah RM 26 ribu.
Banyak kisah yang mungkin boleh dikenang dan nanti jika ada kelapangan, akan saya syer dengan semua pembaca blog ini. Untuk mendapatkan kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan blog/website lelongline fahaminya, CALL 013 255 2000 untuk ketempat jualan kenderaan LELONG.