1Malaysia LELONGLINE 013 2552000

Website LELONGLINE merupakan yang pertama di Malaysia menyediakan info dan guide service / perkhidmatan bimbingan pembelian kenderaan lelong dari bank dan kaitannya dengan Bank Kastam JPJ Puspakom Polis Recond Singapore. Baca keseluruhan website ini dari laman utama, bagi tujuan mendapatkan info, CALL 0132552000. Untuk dapatkan guide service, SEGERA daftar dan buat bayaran fees guide pada Isnin dan Selasa, samada Rabu Khamis Jumaat Sabtu atau Ahad anda / pembeli dibawa bersama sekali saja ke salah satu saja tempat jualan kenderaan lelong di Kuala Lumpur atau Selangor. Terdapat lebih kurang 20 – 50 jualan kenderaan lelong di seluruh Malaysia, antaranya terdapat di Sabah Sarawak Selangor Penang Perak Pahang Kuala Lumpur Kedah Kelantan Terengganu Melaka Johor - bagi mudahkan ikuti web ini, direct KLIK TERKINI LIST AUCTION dll
INFO TERKINI -MERDEKA SALE, CLEARING STOCK SALE & LAST SALE 11 PAGI 30/08/2014 ADALAH JUALAN LELONG TERAKHIR -LELONGLINE GUIDE SERVICE 0132552000

Ahad

Kereta bank LELONG - " nak bid/lawan harga ker "

Kereta bank LELONG - " nak bid/lawan harga ker ", soalan yang agak menarik tetapi tidak sepatutnya dibuat. Jualan kenderaan / kereta LELONG melalui proses 'bidders/tawaran dari jurulelong/auctioner. Harga ditawarkan sebagaimana pada list yang dikeluarkan. Jika ada tawaran dari pembeli/bidders dan tiada pembeli/bidders yang lain ianya dijual pada harga sebenar pada list. Tetapi jika ada tawaran dari pembeli/bidders yang lain, harga akan naik samada RM 200, RM 500 atau RM 1000. Bagi kenderaan nilainya dibawah 20 ribu, setiap bidaan/kenaikkan sebanyak RM 200 dan seterusnya 500 dan 1000. Namun kenaikkan harga setiap kali bidaan tertakluk pada jurulelong pada ketika itu. 
Namun perlu diingatkan bahawa tujuan membuat pembelian di tempat jualan LELONG bukanlah bertujuan nak dapatkan kenderaan / kereta yang lebih mahal atau lebih tinggi harganya dari nilai pasaran. Lawan harga biasanya berlaku di tempat-tempat LELONGan yang dibuat di negeri-negeri seperti di Kedah, Penang, Perak, Selangor, Terengganu, Johor DLL. Kerana bilangan unit kenderaan / kereta yang di LELONG terhad/sikit dan pembeli ramai, jadi lawan harga berlaku dan seterusnya harga kenderaan yang dibeli kadang-kadang lebih kurang sama atau lebih tinggi dari yang dijual di 'usedcar dealer'/tempat jualan kenderaan terpakai. Kenderaan / kereta yang dijual di negeri-negeri biasanya diambil di stor KL dan PJ dibawa ke negeri-negeri diLELONG disana. Sudah semestinyalah kos meningkat bagi membawa kenderaan berkenaan. Kebiasaan jualan kenderaan / kereta LELONG di negeri-negeri tidak sekerap yang di buat di KL dan PJ, bilangan kenderaan / kereta yang diLEL:ONG sikit dan pembeli yang datang untuk membelinya ramai. Apabila kenderaan / kereta yang diLELONG sikit dan pembeli yang ramai, sudah pasti berlaku lawan harga yang ketara.
Jika di KL dan PJ, setiap minggu sabtu/ahad antara lebih kurang 200 hingga 1000 unit kenderaan/kereta yang dijual secara LELONG. Pembeli yang turut membida agak kurang, ini adalah kerana kekerapan jualan LELONG dibuat. Dan lawan harga agak kurang, ini adalah kerana kenderaan/kereta banyak dan LELONGan dibuat setiap minggu. Hinggakan ada kenderaan/kereta yang tidak terjual kerana pembeli tidak mahu membelinya. Namun perlu diingatkan bahawa segala ketetapan senarai kenderaan,harga dan segala yang berkaitannya adalah dibawah ketentuan pihak bank dan jurulelong. 
Kalaulah berhasrat untuk nak lawan harga, sengaja nak naik harga jualan kenderaan/kereta LELONG, dinasihatkan supaya jangan masuk ketempat jualan kenderaan/kereta LELONG. Buat apa buang masa, buang wang dan merugikan diri sendiri. Tujuan untuk masuk dan buat pembelian kenderaan / kereta yang dijual secara LELONG adalah untuk mendapatkan harga yang lebih murah dari pasaran. GUIDE diberikan bagi memudahkan pembeli ditempat jualan kenderaan / kereta LELONG.
Bagi mendapatkan perkhidmatan GUIDE/bimbingan/panduan pembelian kenderaan / kereta LELONG, segera hubungi 013 255 2000.