1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Rabu

kereta kastam LELONG - ada kat mana ?


Kereta kastam LELONG - ada kat mana ?
Kereta kastam LELONG antara agensi kerajaan yang membuat jualan kenderaan secara LELONG. Pembeli perlu melalui proses LELONGan, dimana pembelian melalui bidaan dan proses pembelian secara langsung melibatkan pembeli yang sebenar. Tetapi terdapat juga jualan kenderaan dari agensi kerajaan yang dibuat secara tender. Proses jualan secara LELONG dan tender adalah berbeza. Melalui jualan LELONG, proses pembelian secara terus dimana pembida/pembeli boleh buat bidaan dihadapan juru LELONG, samaada berjaya atau tidak dalam bidaan boleh diketahui terus pada masa yang sama. Dimana, jualan melalui tander, pembeli dikehendaki membuat sebutharga dan masa yang ditetapkan bagi membuka peti tender. Pembeli yang berjaya akan ditentukan semasa peti tender dibuka dan pembeli yang berjaya akan diumumkan. 
Tidak ada apa-apa yang meragukan dalam proses jualan kenderaan dari agensi kerajaan, semua dibuat secara telus mengikut prosedur yang ditetapkan. Ungkapan atau guna 'orang dalam' adalah tidak ujud. Kerana peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam proses jualan oleh agensi kerajaan adalah dikawal selia oleh SOP yang ditetapkan. Jangan terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan dan tawaran-tawaran bagi kenderaan yang dijual secara LELONG oleh mana-mana individu atau pihak-pihak tertentu. Pembeli boleh atau seharusnya terus menghubungi tempat dan pegawai dimana tempat jualan kenderaan LELONG. Perlu diingatkan bahawa pembeli perlu melalui proses jualan dan tidak sama sekali melalui agen, wakil atau 'orang dalam'. Proses jualan kenderaan yang dilucut hak, kenderaan yang dirampas dan sebagainya adalah melalui proses yang ditetapkan oleh agensi berkaitan. Satu kaedah jualan yang ditetapkan dan perlu ikuti proses berkenaan. Jika mendapat apa-apa tawaran, pertama cuba selidik punca atau sumbernya, cuba buat panggilan telefon ke agensi berkaitan dan seterusnya buat pemeriksaan pada kenderaan pada masa yang ditetapkan. Jika menerima tawaran boleh terus dapatkan kenderaan yang dijual LELONG oleh agensi kerajaan tanpa melalui proses LELONGan, cuma perlu buat bayaran. masukkan sejumlah bayaran atau buat bayaran secara tunai kepada mana-mana pihak/individu dan kenderaan yang dikehendaki terus dihantar pada pembeli. Ini antara madus operandi sendikit / penjenayah yang memperdaya pembeli yang inginkan kenderaan yang murah dengan cara murah dan seterusnya memiliki kenderaan curi yang boleh disabitkan kesalahan memiliki barang curi dan seterusnya boleh bercuti panjang dalam jeriji besi dengan pakej gelaran sebagai banduan sebaik saja keluar nanti. Diingatkan jangan cari mudah dalam masa yang sama menempah derita.
Bagi mendapatkan kenderaan yang dijual secara LELONG, hubungi 013 255 2000 ikuti keseluruhan blog  http://lelongline.blogspot.com/   dan fahami perkhidmatan yang disediakan. Dapatkanlan kenderaan idaman melalui jualan kenderaan LELONG.