Selasa

Kereta Polis lelong - nak beli macamana ?

Kereta Polis Lelong - nak beli macamana ? 
Biasanya diiklankan jualan lelong yang dibuat oleh pihak PDRM, satu tempoh masa diberikan untuk membuat pemeriksaan. Kenderaan yang di rampas/disita yang terlibat dalam kes polis dan dijual secara lelong. Proses jualan lelong oleh agensi kerajaan biasanya melalui proses jualan yang ditetapkan. Notis jualan lelong diterbitkan dan diedarkan pada umum dan semua yang berkaitan adalah mengikut ketetapan atau prosedur yang ditentukan oleh pihak polis. Tetapi tiada orang tengah, yang bertindak bagi pihak polis dan boleh secara terus membuat tawaran pada pembeli. Ini bermaksud tiada 'orang dalam' yang boleh membuat apa-apa dakwaan boleh terus dapatkan terus kenderaan polis lelong tanpa melalui proses lelongan. 
Pada kebiasaannya dakwaan-dakwaan atau tawaran-tawaran kenderaan yang dijual secara murah dikatakan dijual lelong oleh mana-mana pihak atau agensi kerajaan termasuk polis. Jika kenderaan berkenaan berharga lebih seratus ribu dijual hanya 20 - 30 ribu saja. Dakwaan yang biasa diberikan ialah 'orang dalam' dan tidak perlu melalui proses lelongan. Berhati-hatilah jika mendapat tawaran-tawaran yang menarik, kereta harga murah dan sebagainya. Bimbang jika terbabit dengan kes jenayah, memiliki barang curi adalah kesalahan dan boleh dipenjarakan. Jika beli kereta curi, selain wang lesap dan yang paling perit kena 'berehat' dipenjara. Berhati-hatilah dengan tawaran-tawaran yang menarik minat yang datang secara tiba-tiba yang diragui kesahihannya. Walaupun ada jualan kenderaan lelong oleh pihak PDRM, tetapi ianya melalui proses yang telus dan pada kebiasaannya pembeli perlu melalui proses yang ditetapkan dan tiada istilah 'orang dalam'.
Bagi mendapatkan kenderaan yang dijual secara LELONG ikuti blog  http://lelongline.blogspot.com/  dan fahamilah kenyataan-kenyataannya, hubugi 013 255 2000 untuk ke tempat jualan kenderaan LELONG. Dapatkan GUIDE atau perkhidmatan bimbingan, panduan membeli kenderaan LELONG di tempat jualan kenderaan LELONG.