lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Selasa

kenderaan LELONG - lori ader tak ?

Kenderaan LELONG - lori ader tak ?
Ada juga pertanyaan dari pembeli yang nak tahu di tempat jualan kenderaan LELONG, ada atau tidak lori yang di jual secara LELONG. Untuk makluman umum, semua jenis kenderaan terdapat yang dijual secara LELONG. Atau pun dapat diringkaskan begini, apa-apa kenderaan yang dibeli oleh pembeli asal melalui pembiayaan / pinjaman bank dan pembeli asalnya gagal buat bayaran bulanan, kenderaan berkenaan di tarik dan seterusnya dijual secara LELONG. Kapal kargo, lori kargo, lori 1 tan, lori 3 tan, 5 tan, lori 10 tan, lori traler, lori tanker dan semua jenis lori. Bot, kapal, potom, jentera pengangkat barang, mesen-mesen kilang serta macam-macam lagi. 
Apabila pembelian kenderaan samada bagi kegunaan biasa atau peniagaan di buat melalui pinjaman bank, gagal buat bayaran ansuran bulan, kenderaan ditarik dan dijual secara LELONG. Itu yang dapat dijelaskan, bagi memudahkan pembaca blog ini faham dan sebagai makluman am bagaimana jualan LELONG dibuat. Bagi yang membeli kenderaan secara pinjaman bank, pembeli diminta menandatangani berbagai-bagai borang, ada yang tandatangan 10 borang, 15 borang, 20 hinggakan 30-40 borang atau dokumen bagi membuat pinjaman kenderaan. Antaranya surat guaman perjanjian pinjaman kenderaan dan pelbagai borang/dokumen yang kadang-kadang langsung tak sempat nak baca dan ada yang langsung tak tahu apa benda yang ditandatangani. Apabila gagal buat bayaran bulanan pinjaman kenderaan berkenaan, nanti adalah yang datang ambil kenderaan dengan senyum saja dan terpaksa beri walaupun agak berat hati nak serahkannya. Jika tak serah nanti kena masuk wad kecemasan pulak sebab diberikan khidmat pukul percuma, mungkin itu antara yang dipersetujui semasa menandatangani perjanjian pembelian kenderaan,"jika saya gagal buat bayaran bulanan, saya akan diberikan khidmat pukul percuma". ader ker?.
Pinjaman kenderaan perdagangan seperti lori kekadang mencecah ratusan ribu ringgit dan terdapat banyak juga yang gagal bayar ansuran bulanan, ditarik dan dijual LELONG. Bagi mendapatkan makluman lanjut baca blog  http://lelongline.blogspot.com/  fahaminya dan hubungi CALL 013 255 2000 jika ada apa-apa yang memerlukan penjelasan, tetapkanlah hari/masa untuk ketempat jualan kenderaan LELONG.