lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Jumaat

kenderaan / kereta LELONG - recond cars singapore / JPJ Kastam

kenderaan / kereta LELONG - recond cars singapore. Terkini dipasaran kenderaan recond dari singapore yang kini umum/orang ramai banyak memperkatakannya. Pelbagai cerita yang agak menarik disebarkan dan kekandang  terasa macam okey jer. Juga sebelum ini disebarkan kenderaan recond terus dari jepun, brunei dan pelagai lagi negara. Yang difahamkan bahawa terdapat negara luar yang hanya gunakan kenderaan lima tahun saja dan sesudah itu dijadikan scarp cars. Status scrap yang biasanya atau dimaksudkan dilupuskan atau telah disekerapkan. Andaian mungkin kenderaan berkenaan hanya tidak boleh digunakan dinegara berkenaan dan boleh digunakan dinegara ini. Tetapi bagaimana pula soal cara dibawa masuk ke Malaysia, melalui jalan depan atau jalan belakang. Jika okey, dokumennya lengkap atau tidak. Ini antara soalan yang perlu dijawap oleh bakal pembeli, jangan hanya tahu harga murah saja.
Pic / gambar diatas adalah rampasan kenderaan yang dibawa masuk dari luar negara tanpa melalui prosedur yang ditetapkan. Untuk makluman, kenderaan JPJ dan polis kini dilengkapi dengan sistem online bagi menyemak status kenderaan. Jika ada apa-apa yang meragukan, kenderaan berkenaan di tahan dan jika disahkan melakukan kesalahan, kenderaan dan pemandu terus ditahan untuk siasatan. Jika kenderaan yang didapati ada apa-apa pengubahsuaian di sita dan seterusnya dilupuskan dan bagi pemandu/pemilik jika didapati lakukan apa-apa kesalahan, di tangkap disoal siasat dalam lokap dan jika disabitkan kesalahan semasa dibicara. pemandu/pemilik kenderaan berkenaan akan didenda atau/dan dipenjara.  
Pengalaman pemangil dari pembaca blog ini yang memberitahu kenderaan yang dibeli yang dikatakan kenderaan recond, memngalami kerugian RM 30 ribu dan 'diberikan' percutian free dalam lokap kerana memiliki dokumen palsu. Selain rugi wang dan lebih malang terpaksa merengkuk dalam lokap kerana memiliki dokumen paslu. Ini antara yang terjadi jika nak murah, nak mudah dan nak senang akhirnya yang dapat padah. Walaupun ada cara yang sah, mengikut undang-undang bagi membeli kenderaan dari luar negara tetapi jika melalui agen atau 'runner' dan pembeli tidak tahu apa-apa mengenai pembelian hanya terima kereta dan bayar saja, ini akan mendedahkan berlakunya penipuan.
Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat jualan kenderaan LELONG.