1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Sabtu

Polis JPJ Kastam Jabatan Kerajaan - LELONG kenderaan / kereta

Polis JPJ Kastam Jabatan Kerajaan - LELONG kenderaan / kereta
Ada 2 perkara yang perlu dijelaskan berkaitan jualan LELONG yang dibuat oleh Polis JPJ Kastam dan Jabatan Kerajaan. Pertama, jualan yang sebenarnya dibuat oleh agensi berkenaan dan kedua, tawaran-tawaran palsu atau dakwaan dari sendikit penjenayah. Walaupun perkara ini telah berkali-kali dijelaskan sebelum ini, namum masih lagi ada yang bertanya berkaitan jualan LELONG oleh agensi kerajaan.
Situasi pertama, iaitu ujudnya jualan secara LELONG yang dibuat oleh Polis, JPJ, Kastam dan jabatan kerajaan. Jualan LELONG yang dilakukan oleh agensi kerajaan biasanya kenderaan yang dirampas atau yang terlibat dengan penyalahan undang-undang. Biasanya bagi kenderaan yang terlibat dalam kes jenayah, ianya akan melalui proses tertentu dan jualan kenderaan yang dirampas akan mengambil masa setelah selesai kes dimahkamah atau mengikut SOP / prosedur yang ditetapkan oleh agensi kerajaan berkenaan. Juga terdapat jualan LELONG kenderaan yang dilupuskan dari agensi kerajaan. Semua jualan kenderaan LELONG yang dilakukan oleh agensi kerajaan akan melalui SOP / prosedur yang ditetapkan, antaranya notis / pemberitahuan dikeluarkan yang menyatakan tempat dan masa jualan kenderaan LELONG dibuat. Jualan kenderaan LELONG oleh agensi kerajaan biasanya dibuat dalam dua keadaan, jualan melalui tender dan jualan melalui LELONG terbuka. Semua proses jualan kenderaan LELONG adalah mengikut peraturan yang ditentukan oleh agensi kerajaan berkaitan.
Situasi kedua, dimana ini yang biasa berlaku dimana orang perseorangan yang mendakwa bertindak bagi pihak agensi kerajaan, dakwaan orang dalam, kawan yang bekerja dengan agensi kerajaan dan pelbagai dakwaan dibuat. Dakwaan boleh dapatkan kenderaan-kenderaan mewah, berjenama, kereta LELONG, kereta Polis LELONG, kereta JPJ LELONG, kereta Kastam LELONG dan pelbagai dakkwaan. Biasanya orang yang membuat dakwaan berkenaan akan membuat pelbagai tawaran-tawaran yang agak menarik, selain harga murah, juga boleh buat semua, tukar nama, tukar nombor plat dan semua urusan boleh dibuat. Cuma dengan buat bayaran bagi bayaran kenderaan yang dikehendaki, semuanya gerenti, confirm siap dan kereta yang diperlukan boleh dimiliki dengan mudah. Ini sebenar-benarnya satu penipuan dan secara langsung pembeli yang membeli kenderaan dengan tawaran murah berkenaan secara langsung terlibat dengan aktiviti jenayah, memiliki barang curi juga boleh dipenjara. Jangan terlibat dengan apa-apa yang meragukan, jika menerima apa-apa tawaran yang meragukan, buat semakkan dengan agensi kerajaan. Tetapi jangan terpedaya, kadang-kadang sendikit/penjenayah telah atur perbagai cara memperdaya, ada yang beri nombor telefon tertentu untuk buat rujukan dan nombor yang diberikan itu pun sebenarnya juga dari kalangan kumpulan penjenayah. Jadi buat rujukan sendiri dengan terus hubungi HQ/ibu pejabat agensi kerajaan yang berkaitan. Jangan terlibat atau terbabit dengan aktiviti jenayah kerana kesannya amat perit lagi menyusahkan.
Untuk makluman, jualan kenderaan LELONG dilakukan mengikut SOP/prosedur/peraturan yang ditetapkan, antaranya pembeli perlu ikuti proses jualan LELONG, berada ditempat jualan kenderaan LELONG, buat pendaftaran sebagai pembida, buat pembelian dalam proses bidaan dan perlu lengkapi borang-borang pembelian yang ditentukan ditempat jualan kenderaan LELONG. Ingat, bukan hanya bayar duit dan dapat kereta yang dikehendaki, jual kenderaan/kereta bukan macam jual kacang rebus, jual kacang rebus pun dibungkus dengan kertas atau dalam beg plastik. Jika beli kenderaan / kereta perlu isi borang-borang yang diperlukan, ini bertujuan untuk proses tukarnama dan segala yang berkaitan dengan pembelian kenderaan/kereta LELONG berkenaan.
Bagi tujuan membeli kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  fahaminya dan hubungi / CALL 013 255 2000 untuk buat pendaftaran/bayaran fees GUIDE bagi mendapatkan khidmat bimbingan pembelian kenderaan LELONG.