1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Rabu

kenderaan kereta LELONG - sindiket kenderaan curi

kenderaan  kereta LELONG - sindiket kenderaan curi. Berulang kali di dedahkan dipelbagai media samaada media cetak dan media elektronik mengenai kenderaan murah yang dijual oleh sindiket atau penjenayah, namun ianya masih terus berlaku dan masih lagi ada yang terpengaruh dengan tawaran-tawaran kenderaan murah. Dakwaan kenderaan / kereta LELONG, dengan harga murah, semua okey dan mudah, confirm semua boleh buat, gerenti dengan pelbagai ayat-ayat berbunga-bunga serta pelbagai janji diberikan. Terpesona dengan kata-kata manis bak semanis madu, confirm/gerenti/janji dengan ayat-ayat syurga, akhirnya pembeli yang menderita, bukan hanya wang lesap malah kenderaan yang dibeli pun punah kerana disita atau dirampas oleh pihak berkuasa. Jika nasib tak baik pembeli ditangkap masuk lokap dan jika dibicara dapat pulak masuk penjara, kerana memiliki barang curi atau bersubahat dengan aktiviti jenayah.
Nombor casis palsu, ianya merupakan salah satu cara yang dilakukan oleh sindiket bagi tujuan mengelirukan pembeli. Kenderaan/kereta terdapat tiga nombor yang didaftarkan, nombor plat, nombor injin dan nombor casis. Jika mana-mana satu nombor berbeza, kenderaan berkenaan dianggap sebagai meragukan atau tidak lagi boleh digunakan. Paling ketara ialah gangguan pada nombor casis, samaada didapati nombor yang berbeza, nombor bertindih dan sebagainya. Bahan kimia digunakan bagi mengesan gangguan nombor casis oleh pihak berkuasa. Jika terdapat apa-apa gangguan nombor casis berlaku, kenderaan/kereta berkenaan disita atau dilupuskan dan tidak lagi dapat digunakan. Diingatkan, teknologi terkini dimana kenderaan dapat dikesan oleh pihak berkuasa samaada ada melakukan pengubahsuaian berdasarkan nombor pendaftaran/ nombor plat. Dan kenderaan boleh ditahan untuk pemeriksaan samaada di sekatan jalanraya atau dimana-mana saja. Jika anda terlibat dengan aktiviti jenayah atau membeli kenderaan yang terlibat dengan sindiket, bersedialah hadapi tindakan undang-undang dan bagi langkah selamat, hubungi atau dapatkanlah bantuan dengan pihak berkuasa. Ingat !!! memiliki barang curi juga dianggap bersubahat dengan aktiviti jenayah. Sebagai langkah berhati-hati, jangan terlibat dengan apa-apa aktiviti yang meragukan, jangan hanya nak mudah yang nanti dapat padah.
Dengan GUIDE / bimbingan / panduan, pembeli / anda lebih mudah membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat jualan kenderaan LELONG