lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Selasa

kereta lelong / auction cars - kastam polis JPJ PDRM lelong / auction

kereta lelong / auction cars - kastam polis JPJ PDRM lelong / auction, telah berkali-kali dinyatakan pada blog ini, namum masih berlaku " PENIPUAN ". Dakwaan-dakwaan dari pihak-pihak yang mengelirukan pembeli yang inginkan memiliki kenderaan dengan harga murah. Pelbagai kaedah atau cara penipuan yang dibuat, antara yang paling popualar ialah menggunakan orang tengah/wakil atau agen yang bertindak bagi pihak 'penjenayah' yang sebenar. 
Sememangnya ujud jualan lelong kenderaan-kenderaan dari agensi kerajaan seperti kastam polis JPJ dan sebagainya. Tetapi tidak pernah berlaku jualan secara tawaran terus atau apa yang didakwa sebagai melalui 'orang dalam'. Penipuan terancang oleh penjenayah atau kumpulan samseng yang kerap kali berlaku, pendedahan demi pendedahan dibuat diakhbar namun ianya terus berlaku. Atas faktor tawaran menarik dan permintaan yang ada, lalu berlakulah urusniaga, perlu diingat bahawa memiliki barang curi adalah satu kesalahan,jika disabitkan kesalahan boleh 'merengkuk' dalam penjara serta dapat ''tittle' banduan free.
Berhati-hati bila mendapat tawaran kenderaan murah yang didakwa yang dilelong oleh mana-mana agensi kerajaan. Sebagai contoh, kes pertama dimana beberapa pegawai bank ditawarkan kenderaan harga murah yang dilelong oleh pihak polis, kenderaan mewah yang harga pasaran menjangkau ratusan ribu ringgit ditawarkan hanya 20-30 ribu saja, akhirnya setelah wang berpindah tangan, kenderaan yang dibeli tiada dan orang yang menawarkannya pun ghaib. Kes kedua, kawan sekerja memperkenalkan pada rakan baiknya yang dah lama tak jumpa, menurut kata rakannya ia berkerja di pelabuhan dan terdapat kenderaan yang dirampas oleh kastam ditawarkan dengan harga paling murah, hanya perlu bayar kos dokumen dan bayaran keluarkan kenderaan dari stor dipelabuhan. Tawaran yang agak menarik,hanya bayar kurang 10 ribu boleh dapat kenderaan mewah, sebagaimana biasa setelah wang dibayar, hanya dapat gambar yang di'sms'kan dihandphone saja. Jika nak cerita banyak kes penipuan, ringkasnya fikirlah baik-baik jika dapat tawaran "bodoh" yang kadang-kadang amat luar biasa - 'BERHATI-HATILAH"
 Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat jualan kenderaan LELONG.