1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Rabu

Auction Cars / kereta lelong - kereta sambung bayar

Auction Cars / kereta lelong - kereta sambung bayar - " sambung bayar " antara tawaran yang menarik dan mampu menarik minat pengguna atau pembeli kereta. Lebih-lebih lagi jika pembeli menghadapi masalah bagi membuat pinjaman kerana telah disenarai hitam. Antara cara yang di tawarkan bagi pembeli bermasalah adalah dengan 'tawaran kereta sambung bayar'. 
Tidak pernah sama sekali buat pengesahan dengan mana-mana pihak dan pembeli yang terdesak terus buat keputusan beli kenderaan 'sambung bayar'. Fikirkanlah beberapa soalan sebelum anda buat keputusan untuk membeli kenderaan 'sambung bayar '. Antaranya, nama pemilik kenderaan di geran atau pendaftaran dengan pihak JPJ - atas nama siapa?, Jika terlibat dengan kemalangan atau kecurian kenderaan - siapa yang boleh buat tuntutan?, Bolehkah pertukaran nama dibuat pada anda sebagai pemilik baru apabila pendaftaran kenderaan berkenaan telah didaftarkan 'dituntut oleh', Pembayaran yang dibuat pada siapa dan adakah pembayaran yang dibuat sebenar-benarnya pada pihak yang sepatutnya? - itu antara soalan-soalan yang agak popualar dan banyak lagi soalan yang boleh ditanya pada yang menawarkan 'kereta sambung bayar'. Jika agak kurang yakin dan meragukan, lebih baik jangan terlibat dengan 'tawaran syurga' dengan janji-janji semanis madu. Ingatlah jika anda mendapat apa-apa tawaran syurga, fikirkanlah apa istimewanya anda atau anda sedang di TIPU.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat jualan kenderaan LELONG.