lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Isnin

kenderaan / kereta lelong - ' klon ' salin geran

kenderaan / kereta lelong - ' klon ' salin geran. Agak pelik jika satu nombor plat terdapat lebih dari satu kenderaan. Bukan hanya berlaku pada kenderaan ' klon ', juga berlaku pada kenderaan yang dibeli pada penjual kenderaan terpakai / dealer usedcar. Apa sebenarnya kenderaan ' klon ' atau pendaftaran yang sama samaada pada jenis kenderaan yang sama atau yang berlainan jenis. Seperti gambar di atas, 2 kereta iswara dengan satu nombor plat yang sama, juga boleh berlaku nombor plat yang serupa pada jenis kenderaan yang berbeza sebagai contoh sepatutnya plat kancil pada kereta mercedes, plat lori pada kereta mewah dan macam-macam boleh jadi. Jika gambar di atas ada dua unit kereta tetapi pernah berlaku sampai 5 unit dengan nombor plat yang sama. 
Jika ditanya macamana boleh terjadi macam tu?, nak jawap agak payah tetapi bolehlah dikatakan begini, klon mengklon nei bukanlah dibuat oleh pihak JPJ tetapi dibuat oleh 'penjenayah '. Ada kenderaan yang ditarik oleh ' penarik ' kenderaan yang dilantik oleh pihak bank tidak membawa kenderaan yang ditarik ke stor dan kenderaan berkenaan dijual terus pada pembeli. Kenderaan yang di curi dan seterusnya dibuat ' klon ' pendaftarannya. Juga kenderaan yang terlibat dengan kemalangan ' total loss' dimana maklumat pendaftarannya digunakan semula. Tetapi secara keseluruhannya kenderaan klon adalah kenderaan curi atau kenderaan yang tidak melalui proses pendaftaran yang sepatutnya.
Apabila kad pendaftaran atau geran kenderaan ' klon ' atau lebih mudah disebut sebagai geran palsu ianya tidak akan melalui proses yang sepatutnya dibuat. Kebiasaannya semua maklumat kenderaan berkenaan adalah palsu, nombor plat/nombor casis/nombor enjin adalah palsu. Terdapat 3 nombor pada kenderaan, nombor plat, nombor casis dan nombor enjin, apabila berlaku ' klon ' ianya tidak akan mendapat kelulusan JPJ dan jika ianya dapat dikesan,kenderaan berkenaan akan disita atau dilupuskan.
Bagi tujuan membeli kenderaan, anda perlu buat pemeriksaan dengan pihak Puspakom dan buat semakan dengan pihak JPJ. Jangan sama sekali biarkan semua perkara dibuat oleh orang lain bagi pihak anda. Dengan teknologi yang ada kini, semua perkara boleh di ' klon ' kan dan semua bahan bercetak seperti geran, cukai jalan dan sebagainya boleh di'klon'.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG.