1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Khamis

tempat jualan kenderaan kereta lelong mengikut negeri

tempat jualan kenderaan kereta lelong mengikut negeri. Kecuali perlis, terdapat lebih kurang 30 tempat jualan kenderaan kereta lelong, samaada yang tidak lagi beroperasi, sedang beroperasi dan yang akan beroperasi. Dan terdapat tempat dimana kenderaan yang diletak/dipamerkan berbeza atau tidak diletak/dipamer ditempat ianya dilelong. Lebih kurang 30 tempat dengan jumlah 4 tempat iaitu di Pulau Pinang, Selangor dan Johor, 3 tempat di Kuala Lumpur dan Sabah, 2 tempat di Kedah, Perak, Selangor dan Melaka. 1 tempat di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Serawak.
Ini mungkin salah satunya bersebelahan rumah anda atau yang berhampiran dengan anda. Agak sukar nak tahu tempat jualan kenderaan lelong kerana jualan kenderaan lelong tidak diadakan di tepi-tepi jalan mahupun di tengah bandar atau kawasan tumpuan umum. Lagipun untuk buat jualan lelong kenderaan memerlukan kawasan yang agak luas bagi meletakkan kenderaan yang hendak dijual lelong. Jadi jika anda tak tahu tempat jualan kenderaan lelong bukanlah satu perkara luar biasa, malah biasa jika anda tak tahu tempat walaupun ianya berhampiran dengan anda. Kebiasaannya tempat jualan kenderaan lelong dipagar dan dikawal serta dikawasan yang bertutup, lebih sukar anda mengetahuinya.
Jika tempat jualan kenderaan lelong pun anda tak tahu, perkara yang lebih besar iaitu mengenai proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong, lagilah anda tak tahu. Kalaulah anda tahu tempat jualan kenderaan lelong tetapi tidak tahu mengenai proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong, anda buat pembelian hanya atas 'kebijaksanaan' sendiri, itu mungkin langkah yang berani tetapi tindakan itu sekadar 'mencuba nasib', nasib baik, okey tetapi jika nasib tak baik ? u rugi laaa.
Apa yang diharapkan apabila dipaparkan 30 tempat jualan kenderaan lelong ini janganlah anda tanya saya atau minta alamat yang lengkap untuk nak tengok-tengok dan nak masuk sendiri ke tempat jualan kenderaan lelong tu. Tempat jualan kenderaan lelong yang dipaparkan ini adalah tempat perniagaan hak persendirian, hanya jika anda benar-benar serius untuk dapatkan guide service/khidmat bimbingan bagi membeli kenderaan lelong, buat pendaftaran dan buat bayaran fees guide service, anda dibawa bersama sekali saja ke tempat jualan kenderaan lelong tu. Pengalaman sebelum ini, pernah saya bawa pembeli di mana tempat jualan kenderaan lelong hanya 5 minit berjalan kaki dari rumahnya tetapi jika naik kereta hampir 2 jam. Lokasi tempat lelong agak sukar hendak di dedahkan kerana ianya melibatkan perniagaan serta hak persendirian. Jadi jika anda benar-benar serius nak beli kenderaan lelong, ikutlah prosedur sebagaimana ditetapkan. Dan sekali lagi diingatkan, jangan sekadar bertanya alamat lengkap tempat jualan kenderaan lelong. 
30 tempat jualan kenderaan lelong yang dipaparkan adalah antara puluhan tempat yang masih aktif, sudah tutup dan yang baru serta yang akan dibuka. Jualan kenderaan lelong yang dibuat dinegeri-negeri agak kurang adakan jualan lelong kenderaan. Maksudnya kekerapan adakan jualan kenderaan lelong agak kurang dibuat di negeri. Ada tempat jualan kenderaan lelong hanya lelong jumlah unit kenderaan yang sedikit, beberapa unit kenderaan saja dan bilangan pembeli yang ramai dan ini menjadikan 'lawan' harga. Jika jualan kenderaan lelong lebih kerap, unit kenderaan agak banyak dan pembeli agak kurang, hinggakan terdapat kenderaan yang dijual lelong tidak dapat dijual. 
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG.