lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Sabtu

kenderaan kereta lelong - kastam & kereta singapore

kenderaan kereta lelong - kastam & kereta singapore , terkini terdapat banyak panggilan dari pembaca blog ini yang bertanyakan tentang kenderaan yang dilelong oleh pihak kastam. Sememangnya ada jualan kenderaan oleh pihak kastam tetapi kastam tidak pernah lantik mana-mana individu sebagai agen, wakil, runner atau apa-apa pun yang boleh bertindak bagi pihak kastam.
Kini berlaku dimana ada pihak / individu yang mendakwa sebagai 'orang dalam' yang menawarkan kenderaan pada harga yang murah, dakwa sebagai agen, runner bagi pihak kastam. Jika memerlukan apa-apa kenderaan boleh dapat dengan murah dan boleh diuruskan dengan mudah. Cuma dengan buat bayaran tertentu, sebagai contoh bayar sejumlah wang dan nanti kenderaan boleh terus dapat. Biasanya bagi lebih menarik perhatian, dakwaan atau tawaran dibuat mengatakan kenderaan lelong tidak perlu lalui proses jualan lelong, gerenti terus dapat dan dakwaan yang lebih 'menarik' adalah ada 'orang dalam'. Terdapat juga penyamaran agen/individu sebagai pegawai kastam, pegawai polis dan macam-macam lagi.
Penipuan terancang atau jenayah komersial yang kini banyak berlaku kerana anda sebagai pembeli kurang atau langsung tidak berhati-hati dan sangat mudah terpedaya dengan tawaran yang menarik. Setelah alami kerugian baru sedar namun dah tak guna setelah wang lesap dan lebih serius jika anda dipenjarakan atas kesalahan memiliki kenderaan curi. Biasanya kenderaan yang ditawarkan dengan harga murah adalah kenderaan-kenderaan yang dicuri dan dijual dengan harga murah dan apabila anda beli, dapat dikesan oleh polis dan anda ditangkap masuk lokap, setelah dibicara dimahkamah, confirm di penjara sebab memiliki kenderaan curi. Cuba anda fikir secara waras / logik, jika betul kenderaan yang ditawarkan tu betul-betul murah kenapa tidak dijual pada dealer usedcar dan kenapa ditawarkan pada anda. Apa istimewanya anda, adakah kerana itu satu tawaran yang 'istimewa' khas untuk anda saja atau kerana anda mudah 'ditipu'. Berhati-hatilah dengan tawaran-tawaran yang agak 'bodoh' dengan dakwaan-dakwaan yang mengelirukan dan jika anda salah seorang yang menerima tawaran kenderaan dengan harga murah, terus hubungi polis di IPK atau IPD bahagian jenayah kormersial dan berikanlah maklumat tentang tawaran yang diterima atau jika dakwaan kenderaan kastam, terus hubungi ibu pejabat kastam berdekatan atau terus hubungi ibu pejabat kastam putrajaya serta jangan sama sekali hubungi mana-mana individu yang mendakwa pegawai mana-mana agensi dengan nombor telefon handphone, pastikan anda hubungi terus dengan nombor talian tetap pejabat.
Kenderaan / kereta lelong adalah melalui proses pembelian yang tertentu dimana perlu lalui prosedur pembelian melalui jualan lelong, anda pembeli perlu berada ditempat jualan lelong dan tiada agen, tiada runner, tiada wakil dan tidak dibuat melalui mana-mana pihak atau individu yang bertindak bagi pihak anda. Lelongline ini juga tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai agen, runner dan semua urusan adalah melalui line 0132552000.Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG