1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Rabu

kenderaan kereta lelong - kenapa harga murah

kenderaan kereta lelong - kenapa harga murah, terdapat banyak juga soalan yang ditanya dan oleh kerana kurang minat nak baca keseluruhan kandungan blog, maka banyaklah perkara yang tak tahu. Terdapat beberapa sebab kenapa harga murah serta pelbagai andaian atau anggapan yang dibuat. Bagi menjelaskan keadaan sebenar ianya agak sukar disebabkan kurang maklumat mengenainya, namum antara andaian atau tanggapan sebab kenapa harga murah bolehlah dinyatakan antara andaiannya, 
kenapa harga murah, andaian menyatakan bahawa apabila kenderaan yang dibeli melalui pinjaman bank / bank loan, syarat yang ketat dikenakan oleh pihak bank. Antaranya bukti pendapatan, cagaran, penjamin dan lain-lain. Dua perkara yang amat diteliti sebelum pinjaman diluluskan adalah cagaran dan penjamin. Ini dikenakan bagi memastikan pinjaman dibuat dapat dibayar walau dalam apa keadaan dan bank akan memastikan wang pinjaman yang diberikan boleh diperolehi semula.
apabila pembeli gagal buat bayaran bulanan yang biasa pinjaman yang tertunggak dalam tempoh yang tertentu biasanya 3 bulan atau dalam jangka waktu tertentu, kenderaan berkenaan di tarik dan di lelong. Kenderaan yang ditarik kadang-kadang atau biasanya tidak lagi selesaikan masalah, disebabkan hutang masih banyak dan pembeli atau penjamin perlu atau masih lagi dituntut baki pinjaman walaupun kenderaan telah ditarik.
perlu diingat bahawa syarat bagi mendapatkan pinjaman terdapat 2 perkara yang penting iaitu cagaran dan penjamin. Setelah kenderaan ditarik, sekiranya baki pinjaman melebihi RM 30 ribu, pembeli boleh diambil tindakan oleh jabatan Insolvensi dan mendapat perintah mahkamah sebagai bankrap. Setelah lalui proses undang-undang, harta atau aset peminjam akan disita dan seterusnya akan dilelong. Ini termasuklah rumah atau apa saja aset atas nama peminjam. Tetapi sekiranya peminjam tidak mempunyai apa-apa aset atau harta, maka tanggungjawap membayar balik pinjaman adalah ditanggung oleh penjamin. Maka penjamin akan dihadapkan ke mahkamah bagi membuat pengakuan untuk buat bayaran, satu perintah mahkamah dikeluarkan dan penjamin adalah perlu menanggung bayaran hutang yang dibuat oleh peminjam.
setelah proses perundangan diambil pada peminjam dan penjamin, kenderaan yang dilelong tidak lagi mengikut harga pasaran dan inilah jawapan kenapa harga murah. Tetapi jika kenderaan yang dilelong agak tinggi, kebiasaannya tidak dibeli dan lelongan semula dibuat bagi lelongan yang berikutnya, harga dikurangkan sehingga kenderaan berkenaan terjual.
kenapa harga murah, jika sekadar nak tahu atau hanya untuk menambah pengetahuan, ianya hanya membuang masa saja dan langsung tidak berfaedah. Ambil kesempatan ini untuk anda terus buat pembelian kenderaan yang diperlukan ditempat jualan kenderaan lelong.
anda sendiri boleh lihat keadaan kenderaan dan kenapa harga murah. Ambil masa yang sepatutnya untuk anda sendiri cari dan dapatkan apa-apa kenderaan yang diperlukan ditempat jualan kenderaan lelong.
proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong yang telus, anda boleh buat pilihan kenderaan yang diperlukan dan terus buat pembelian melalui proses jualan lelong.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG