lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Rabu

kenderaan kereta lelong - murah

kenderaan kereta lelong - murah, antara yang kerap ditanya samada betul atau tidak dan bagi memudahkan anda faham, harga kenderaan yang dilelong terdapat dalam pelbagai keadaan samada murah atau mahal. Tetapi tujuan pembelian dibuat terus ditempat jualan kenderaan lelong adalah bagi mendapatkan kenderaan pada harga murah, jika harga mahal atau lebih kurang sama dengan harga pasaran biasanya kenderaan yang dilelong tidak dibeli dan hanya dilelong pada harga yang murah saja ianya dibeli.
harga murah juga dikaitkan dengan jualan secara tender dari kastam, kenderaan recond atau tawaran kenderaan dari singapore. Kebiasaannya tawaran kenderaan dengan harga murah dari individu yang buat pelbagai dakwaan yang mengelirukan ianya adalah satu penipuan. Jualan kenderaan dari kastam hanya dibuat di pejabat kastam dan kastam tidak pernah melantik mana-mana pihak yang ketiga, agen atau wakil bagi pihak kastam.
harga yang murah jualan kenderaan lelong dari bank ini adalah mengikut apa yang ditentukan oleh legal owner iaitu pihak bank. Dimana proses pembiayaan bank / bank loan, mana-mana pihak atau individu yang memerlukan pembiayaan bank / bank loan perlu buktikan pendapatan atau disebut kemampuan membayar balik, penilaiannya samada gaji/pendapatan, cagaran, penjamin atau yang berkaitan dengannya. Apabila peminjam gagal buat bayaran pinjaman, proses tindakan undang-undang dibuat, bukan setakat kenderaan ditarik dan dilelong, jika baki pinjaman melebihi RM 30 ribu, peminjam boleh diistiharkan muflis dan kini terdapat lebih dari 200 ribu individu yang telah muflis. Setelah muflis, apa-apa aset peminjam juga boleh disita dan dilelong, termasuk rumah, saham atau apa saja yang boleh menampung baki pinjaman. Jika peminjam tiada aset atau aset yang ada tidak dapat menampung baki bayaran pinjaman, penjamin pula dihadapkan ke mahkamah, perintah mahkamah dikeluarkan bagi pihak bank buat tuntutan baki pinjaman pada penjamin. Setelah semua proses tindakan undang-undang dilaksanakan maka jualan kenderaan secara lelong dibuat.  
Harga kenderaan yang dijual secara lelong adalah hanya ditentukan oleh legal owner samada ditentukan mengikut baki pinjaman sebenar atau apa-apa yang ditentukannya. Tidak lagi mengikut sebagaimana nilai pasaran / market value, murah atau mahal dan apa-apa yang ditetapkan oleh legal owner iaitu pihak bank. 
Jika harga kenderaan lelong lebih tinggi atau lebih kurang sama dengan harga pasaran, kebiasaannya ianya tidak terjual dan hanya harga berkenaan murah barulah pembelian dibuat. Kenderaan yang tidak terjual kebiasaannya dilelong semula samada ditempat yang sama atau ditempat yang berbeza sehingga kenderaan berkenaan terjual.
Apa pun jenis keluaran kenderaan yang anda perlukan, yang import atau yang dipasang dalam negara, ianya boleh dicari dan dapatkannya ditempat jualan kenderaan lelong. Tempat jualan kenderaan lelong bukan dua atau tiga tetapi lebih kurang 20 - 30 tempat diseluruh malaysia. Untuk kali yang pertama, setelah anda buat pendaftaran dan buat bayaran fees guide RM 2 ribu, anda dibawa bersama sekali saja ke salah satu saja tempat samada di kawasan Kuala Lumpur atau selangor, setelah itu anda diberikan panduan bagi mendapat ekses dan dengan ekses ini ada boleh dapatkan list / senarai harga kenderaan lelong sekurang-kurang 1 - 3 hari ( tertakluk pada tempat pengendali lelong ) atau sekurang-kurangnya mendapat alamat kesemua tempat lelongan seluruh malaysia.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG