1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Sabtu

kenderaan kereta lelong - recond

kenderaan kereta lelong - recond atau recondition kenderaan terpakai yang di import dan didaftar semula di Malaysia. Terdapat permintaan kereta recond samada dari jepun atau lain-lain negara dan khususnya kereta recond dari singapore. Apabila ada permintaan, ada pula pembekalnya atau orang yang menawarkannya. Dengan tawaran yang agak menarik, ada juga pembeli yang terpengaruh dan beli kereta yang didakwa recond dari singapore. Kebiasaan ada syarat-syarat tertentu bila membeli kereta yang didakwa recond dari singapore ini antaranya tidak boleh buat tukarnama dalam tempoh tertentu, tidak boleh buat inspection puspakom, tidak boleh uruskan sendiri mengenai cukai jalan dan insuran, semuanya dibuat oleh agen bagi pihak pembeli. Dengan syarat-syarat yang dikenakan itu agak pelik pun masih ada yang berurusan dan beli kereta recond singapore ini. Tetapi setelah kena tahan oleh penguatkuasaan JPJ atau pihak Polis, barulah pembeli tahu bahawa kereta yang dikatakan recond singapore itu sebenarkan kereta seludup atau yang dicuri. Jika pada tahap ini baru pembeli sedar atau tahu kereta yang dibeli adalah yang diseludup atau yang dicuri sudah terlambat kerana memiliki barang curi adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman penjara. Jadi jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yang mengelirukan, buat rujukan dengan pihak kastam jika melibatkan kereta recond dan buat inspection dengan puspakom. Kebiasaannya semua dokumen samada geran, cukai jalan dan semua yang berkaitan dengan kereta dipalsukan oleh penjenayah dan apabila beli sedia hadapi risiko samada jika berlaku kemalangan tidak dilindungi insuran dan jika ditangkap confirm dipenjara kerana memiliki barang curi atau memiliki dokumen resmi kerajaan yang dipalsukan. 
Apa yang menariknya mengenai kenderaan recond khususnya dari singapore, jika diMalaysia ini ada pelbagai jenis kenderaan yang diimport. Nak kereta apa? porsche, ferreri, merserti atau nak yang jenama apa dan nak yang laju macamana. Untuk pengetahuan, ada 3 negeri dalam Malaysia yang banyak daftarkan kenderaan import atau recond yang agak mewah iaitu Kuala Lumpur, Penang dan Johor. Sebagaimana biasa apa-apa kenderaan yang dibeli melalui loan bank / pinjaman bank, jika gagal buat bayaran bulanan, kenderaan berkenaan ditarik dan dijual secara lelong. Moral of story, ditempat jualan kenderaan lelong terdapat pelbagai jenis kenderaan import atau yang recond. jadi tak payahlah susah-susah nak cari kenderaan recond singapore yang tak tahu hujung pangkalnya tu.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG