1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Jumaat

Murah

Murah - 2014 Januari kenderaan kereta lelong - murah, ada yang agak keliru dengan harga kenderaan yang di lelong, samada mahal atau murah dan jika murah kenapa boleh jadi murah. Jika mahal pun salah, jika murah pun salah dan nak tahu sebabnya laa pulak. Nak citer satu-satu atau 'sebutir-sebutir' susah jugak sebab harga mahal atau murah kenderaan lelong adalah ditentukan oleh legal owner iaitu pihak bank. Nak suruh orang yang tanya pergi tanya sendiri pada pihak bank agak payah jugak sebab bukan semua orang yang ada kat bank tahu tentang jualan kenderaan lelong. Dan bukanlah pulak kerja semua orang kat  bank nak lelong kenderaan, jika silap tanya pada yang tidak berkenaan nanti dapat jawapan 'bodoh' pulak sebab orang yang tanya dan orang yang jawap sama-sama tak tahu.
Untuk nak mudahkan cerita, camni lebih kurangnya dan tak confirm betul ker bohong - jika mana-mana orang nak ambil 'loan' / pinjaman atau di sebut juga sebagai hutang dengan bank khususnya untuk beli kenderaan, nanti pihak bank akan tanya samada ada pinjaman perumahan, ada simpanan tetap, ada saham seperti ASNB atau apa-apa aset dan jika taraf kewangan kurang mantap, pihak bank minta sediakan penjamin satu atau dua orang. So, setelah semua dinilai pihak bank akan luluskan loan beli kenderaan. Dan sekiranya pembeli berkenaan gagal buat bayaran bulanan kebiasaan 3 - 4 bulan, nanti kenderaan berkenaan ditarik dan di jual secara lelong. 
Bagi menentukan harga mahal atau murah ianya tertakluk pada pihak bank, setelah semua proses perundangan diambil, kenderaan berkenaan dijual secara lelong. Sekiranya 'loan' / pinjaman atau hutang melebihi RM 30 ribu, pembeli berkenaan akan dapat 'title' atau gelaran bangkrap atau muflis yang dianugerahkan oleh mahkamah. Setelah dapat 'gelaran' muflis, maka seluruh harta sidiq sigaraga di sita dan dilelong, jika anda perasan semasa nak apply / mohon 'loan' / pinjaman terdapat soalan2 cepumas samada ada atau tidak apa-apa aset. Jadi setelah dapat title bangkrap atau muflis, bukan hanya kenderaan yang ditarik dan dilelong malah apa-apa aset atas nama pembeli berkenaan akan disita dan dilelong. Bank hanya nak dapatkan jumlah pinjaman yang diberikan dan jika pembeli tiada apa-apa aset maka penjamin akan dihadapkan ke mahkamah dan dikeluarkan perintah untuk buat bayaran bagi pihak pembeli. Jadi penjamin bukan setakat dapat makan dan minum free malah boleh dapat tumpang bayar pinjaman bagi pihak pembeli atau orang yang berhutang.
So, mengenai harga kenderaan lelong jadi murah adalah kerana jumlah hutang bagi kenderaan berkenaan dah kurang dan pihak bank lelong kenderaan bukan lagi mengikut  harga / nilai pasaran atau market value. Apa-apa yang dinyatakan ini adalah dari pengetahuan umum dan ianya boleh dibuat pengesahan dengan pihak yang berkaitan
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG.