1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Jumaat

Price

Price - 2014 Januari kenderaan kereta lelong - Price atau harga, samada mahal atau murah ianya ditentukan oleh legal owner dan dinyatakan pada list atau senarai harga yang diedarkan ditempat lelongan pada hari jualan kenderaan lelong diadakan. Kenderaan mewah seperti Bently BMW Mercedes Benz Porche Ferrari Wolkswagen Lexus Mini Cooper Merserati Lamborghini atau apa saja yang biasanya dibeli dengan pinjaman / loan bank, dimana pemilik asalnya gagal buat bayaran pinjaman bulanannya, kenderaannya ditarik dan seterusnya dijual secara lelong.  
Mahal atau murah harga kenderaan yang dilelong kebiasaannya jadi tandatanya atau persoalan. Bagi menjelaskannya, boleh dinyatakan begini, jika kenderaan dilelong lebih tinggi dari harga pasaran, lebih kurang sama dengan harga pasaran dan tidak jauh berbeza dengan harga pasaran, kebiasaannya kenderaan berkenaan tidak dibeli, kenderaan yang dilelong tidak terjual, dilelong semula bagi lelongan berikutnya akan diturunkan harganya dan sehingga kenderaan berkenaan terjual. Pembeli / anda yang tentukan untuk membeli atau tidak setelah buat inspection / pemeriksaan pada kenderaan, berpuashati dengan keadaan serta harga dan anda sendiri yang tentukan samada beli atau tidak
Murah, kebiasaan ditanya kenapa harga kenderaan lelong murah atau terlalu murah. Pelbagai kemungkinan yang menyebabkan jualan kenderaan lelong murah atau terlalu murah. Bagi melayakkan individu dapat loan / pinjaman, pelbagai penilaian atau syarat dikenakan dan ini merupakan jaminan bagi bank untuk mendapatkan semula wang atau pinjaman diberikan. Antaranya mensyaratkan peminjam ada pendapatan yang stabil, penjamin dan cagaran samada rumah, simpanan tetap, saham atau apa-apa yang bernilai. Jika peminjam gagal buat bayaran pinjaman kenderaan yang dibeli, bukan hanya kenderaan di tarik malah apa juga aset atas nama peminjam di sita dan dilelong, juga penjamin bagi peminjam juga dihadapkan ke mahkamah, dikeluarkan perintah mahkamah untuk buat bayaran bagi pihak peminjam. Kebiasaannya kenderaan yang nilai hutangnya melebihi RM 30 ribu, peminjamnya boleh diistiharkan muflis atau bengkrapsi dan setelah lalui semua proses perundangan yang sepatutnya. Bank hanya menuntut jumlah pinjaman, setelah semua proses tuntutan dibuat samada pinjaman di tuntut pada peminjam dengan menyita aset seperti tanah, rumah, simpanan tetap, saham-saham dan melelongnya atau menuntutnya dengan penjamin yang dihadapkan ke mahkamah. Setelah semua proses perundangan dibuat, kenderaan dilelong dan tidak lagi mengikut market value / harga pasaran.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG