lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Khamis

Clear

Clear - 2014 Februari kenderaan kereta lelong - clear atau jelas supaya tidak berlaku kekeliruan mengenai jualan kenderaan lelong dan perkhidmatan guide service. Terdapat 2 pihak yang terbabit dalam jualan kenderaan lelong, pertama legal owner yang biasanya pihak bank dan kedua ialah tempat pengendali jualan kenderaan lelong, yang juga disebut sebagai rumah lelong / auction house.
Legal owner atau pemilik yang sah pada kenderaan yang di lelong iaitu kebiasaannya pihak bank. Kenderaan yang dibeli dengan pinjaman / loan bank, yang gagal buat bayaran bulanan, di tarik dan seterusnya dijual secara lelong oleh legal owner / pemilik yang sah. 
Tempat pengendali jualan kenderaan lelong atau juga disebut sebagai auction house / rumah lelong, selain sebagai tempat penyimpanan kenderaan yang ditarik dan tempat berkenaan juga mengendalikan jualan lelong. 
Walaupun legal owner / pihak yang sah ke atas kenderaan yang di jual lelong tetapi legal owner tidak melelong kenderaannya sendiri tetapi di berikan pada tempat pengendali jualan lelong / auction house yang mengendalikan jualan kenderaan lelong.  Ini menyatakan dengan jelas tentang jualan kenderaan lelong dan peranan setiap part atau pihak yang berkaitan.
Setelah menerangkan 2 pihak dalam jualan kenderaan lelong, perlu juga di nyatakan tentang proses dan prosedur asas jualan kenderaan lelong dimana amat perlu diketahui sebelum pembeli / anda buat pembelian kenderaan lelong. Di terangkan secara umum dan jika memerlukan guide secara langsung ianya boleh diberikan semasa anda dibawa masuk ke tempat jualan kenderaan lelong. Ia itu setelah pembeli / anda daftar dan buat bayaran fees guide sebanyak RM 2 ribu, anda dibawa masuk bersama sekali saja kesalah satu saja tempat jualan kenderaan lelong samada di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor.
List / senarai harga kenderaan lelong, ianya adalah hanya ditentukan oleh legal owner atau pemilik yang sah pada kenderaan yang di lelong berkenaan. List / senarai harga yang digunapakai atau yang dirujuk bagi tujuan pembelian kenderaan lelong ialah hanya pada list / senarai harga kenderaan lelong yang diedarkan di tempat jualan kenderaan lelong pada hari lelongan dibuat dan list / senarai harga kenderaan lelong berkenaan hanya dirujuk atau di gunapakai pada hari, di tempat dan semasa lelongan berkenaan saja. List / senarai harga kenderaan lelong selain daripada yang diedarkan di tempat jualan kenderaan lelong adalah tidak boleh di rujuk atau di gunapakai. Dan list / senarai harga kenderaan pada blog lelongline ini merupakan contoh, tidak boleh dirujuk bagi tujuan apa sekali pun dan ianya tiada kaitan dengan apa-apa samada secara langsung atau tidak langsung. Harga kenderaan adalah merujuk pada maklumat kenderaan sebagai mana yang di nyatakan pada list / senarai harga kenderaan lelong yang mempunyai maklumat yang lengkap seperti no. lot, no. pendaftaran, jenis kenderaan, tahun keluaran, no. casis, no. enjin, harga reserved, pemilik yang sah dan pelbagai maklumat mengenai setiap unit kenderaan yang dilelong. 
Pembeli / anda perlu ketahui pelbagai perkara tentang pembelian kenderaan lelong, bukan hanya tahu tempat, masuk terus ke tempat jualan kenderaan lelong dan buat pembelian kerana tertarik dengan harga yang murah. Jika hanya tahu tengok kenderaan cantik, beli kerana harga murah dan bergantung pada nasib, nasib baik ok, jika nasib tak baik rugi jerr laa. Ini yang dibuat oleh orang-orang yang agak 'bodoh', sebab bukan sikit rugi, jika beli kenderaan dengan harga RM 20 ribu maka ruginya pun ialah RM 20 ribu. 
di tempat jualan kenderaan lelong bukan ada mana-mana pihak yang nak 'sekolah'kan anda tentang pembelian kenderaan lelong. Di tempat jualan kenderaan adalah tempat orang buat perniagaan. Walaupun pada list / senarai harga kenderaan lelong terdapat kenyataan-kenyataan tetapi agak sukar nak faham dan jangan harap pada mana-mana pihak nak jelaskannya. Jika jelaskan terlalu detail / terperinci nanti banyaklah kenderaan yang tidak terjual dan tiada masa pun nak jelaskannya sebab masa sangat-sangat terhad. Lagi pun sebagai pembeli kenderaan lelong, anda dikehendaki mengetahui semua yang perlu dibuat dan sekiranya anda tak tahu itu adalah satu kesalahan yang anda sengaja lakukan serta anda perlu tanggung resikonya.
pembelian kenderaan lelong agak mudah, cuma perlu ketahui perkara-perkara yang sepatutnya dibuat, tanda-tanda pada nota catatan, tindakan-tindakan yang perlu dibuat samada sebelum, semasa dan sesudah pembelian dibuat. Namun bagi yang langsung tak tahu atau tidak pernah di dedahkan tentang pembelian kenderaan lelong dan ianya agak bermasalah untuk buat pembelian kenderaan lelong.
untuk nak beritahu setiap step tindakan yang sepatutnya dibuat untuk buat pembelian kenderaan lelong, ianya boleh dinyatakan begini, terdapat perkara yang memerlukan anda membaca, benda yang perlu anda lihat dan akhirnya apa yang perlu anda dengar. Baca, lihat dan dengar, mudah lagi senang serta semua orang boleh buat. Jualan lelong dah dibuat sejak puluhan tahun lalu, ratusan ribu unit kenderaan yang telah dibeli dan telah memberikan keuntungan jutaan ringgit pada penjual kenderaan terpakai / dealer usedcar.
kini anda sebagai pembeli individu boleh terus buat pembelian kenderaan yang dijual secara lelong di tempat jualan kenderaan lelong dan beli pada harga lelong. Anda sendiri yang tentukan kenderaan yang diperlukan, cari dan dapatkanlah apa-apa kenderaan yang di kehendaki.
Guide service atau perkhidmatan bimbingan memudahkan anda ketahui proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong. Bukan hanya satu tempat jualan kenderaan lelong malah kesemua tempat jualan kenderaan lelong yang mudah di ekses secara online, ini diberikan setelah kali pertama anda dibawa masuk ke tempat jualan kenderaan lelong.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG