lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Selasa

Tawaran

Tawaran - 2014 April kenderaan kereta lelong - tawaran atau offer harga kenderaan lelong yang dibuat oleh jurulelong dalam proses jualan kenderaan lelong. Dimana jurulelong atau pembantu jurulelong menyebut harga permulaan / reserved price atau maklumat lain seperti no.lot kenderaan. Setelah tawaran dibuat, jika terdapat hanya seorang pembeli yang berminat dan buat bidaan / ambil tawaran dan kenderaan berkenaan dibeli pada harga permulaan / reserved price dan tak berlaku lawan harga atau kenaikkan harga. Tetapi jika lebih dari seorang buat pembelian maka ianya akan berlaku bidaan atau lawan harga. Kenaikkan harga adalah ditetapkan antaranya kenderaan dibawah RM 20 ribu setiap kenaikkan adalah RM 200, apabila melebihi jumlah tertentu maka kenaikkan harga juga berbeza samada RM 500 atau RM 1000. 
Proses bidaan adalah perkara biasa dalam jualan kenderaan lelong tetapi bukan semua kenderaan yang dilelong terjual semasa ianya dilelong. Ini adalah kerana bukan semua orang yang ada ditempat jualan kenderaan lelong nak kenderaan yang sama. Sebagai contoh jika seorang individu itu masuk ke tempat lelong ada kenderaan tertentu yang dikehendaki, jika yang dicari wish tetapi yang dilelong wald walaupun kedua-duanya keluaran toyota, ia tak beli sebab bukan yang dikehendaki. Terdapat banyak kenderaan yang dilelong berulang-ulang kali tetapi masih tidak terjual, kemungkinan juga kenderaan yang dilelong semula di turunkan harga bagi lelongan berikutnya sehingga terjual. Malah terdapat kenderaan yang dilelong terlalu murah hingga ke tahap luar biasa seperti yang berharga RM 300 - RM 500 seunit. Bukanlah satu perkara yang pelik harga kenderaan ditahap luar biasa, disebabkan kos penyimpanan yang terpaksa ditanggung serta kenderaan yang disimpan terlalu lama harganya terus jatuh. Pihak bank tidak lagi memerlukan kenderaan berkenaan setelah beberapa proses dibuat seperti melelong semua aset peminjam atau mendapatkan pembayaran dari penjamin.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG