1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Selasa

Kastam

Kastam - 2014 Mei kenderaan kereta lelong, kastam polis JPJ recond singapore antara key word atau perkataan di search yang popular. Daripada perbualan atau tawaran yang dibuat oleh pelbagai pihak, tawaran di laman tertentu yang mudah dan popular. Kenderaan yang di tawarkan dengan harga murah, pelbagai dakwaan pelik dibuat antara yang biasa diberikan ialah kenderaan dari stor kastam, kenderaan rampasan polis, kenderaan yang di sita oleh JPJ, kenderaan recond dari jepun, dari singapore dan pelbagai lagi dakwaan-dakwaan 'bodoh' yang bertujuan memperbodohkan anda sebagai pembeli. Dan ada juga dakwaan mengatakan kenderaan lelong yang boleh dibeli terus tanpa perlu lalui proses pembelian secara lelong, lebih 'power' lagi dengan ayat-ayat 'syurga' iaitu ada orang dalam seperti pegawai kastam, polis, JPJ dan macam-macam lagi yang semuanya boleh 'kauntim', semua boleh buat, geran boleh buat, semua dokumen boleh buat dan segala-galanya boleh dibuat. 
JANGAN MUDAH TERPEDAYA dengan tawaran-tawaran 'luar biasa' sebab langkah berhati-hati perlu dibuat, buat semakkan atau rujukan dengan mana-mana pihak, jika dakwaan yang mengatakan ada kaitan dengan kastam, buat semakkan sendiri dan jangan sama sekali guna nombor telefon yang diberikan oleh pihak yang buat dakwaan, cari sendiri nombor telefon samada di carian google atau melalui directory dan buat pengesahan mengenai tawaran berkenaan. Apabila ada permintaan, ada tawaran dan jika dalam keadaan tergesa-gesa serta tidak berhati-hati nanti anda yang rugi. Kini pelbagai dakwaan kenderaan harga murah melalui pelbagai cara dibuat, samada melalui individu, di media seperti di internet dan laman mudah yang begitu popular juga terdapat tawaran yang menipu. Amat menyedihkan, terdapat pembeli yang terpedaya tawaran kenderaan yang murah dan akhirnya alami kerugian puluhan ribu ringgit manakala kenderaan yang dibeli tak dapat.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan web lelongline  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG