1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Selasa

Ada

Ada - kenderaan kereta lelong, jika sebelum ini iklan astro dengan slogan ' macam-macam adaa ' begitu juga dengan kenderaan lelong, pelbagai atau macam-macam kenderaan yang di lelong. Ada juga yang tanya, " kereta nei ada tak dan berapa harga ". Untuk nak jawab satu-satu atau setiap soalan agak payah, sebab jika diberitahu harga kereta tu di tanya pula kereta lain, sekadar nak tanya untuk nak berangan-angan. 
Untuk nak berikan gambaran sebenar tentang jualan kenderaan lelong boleh di nyatakan antaranya begini, terdapat antara lebih kurang 10 -20 bank-bank utama yang terlibat dalam urusan jualan kenderaan lelong, syarikat pinjaman wang berlesen juga turut terlibat melelong kenderaan dan pelbagai pihak atau badan-badan serta syarikat korperat yang terbabit melelong kenderaan. Jika di sebut bank bukan satu tetapi kesemua cawangan bank di seluruh Malaysia yang memberikan loan / pinjaman pembelian kenderaan, apabila pemilik asalnya gagal buat bayaran bulanan, kenderaan berkenaan di tarik dan seterusnya di jual secara lelong. Jika di sebut satu nama bank maka dengan sendirinya mengaitkan berpuluh-puluh cawangannya dan jika semua bank terlibat maka beratus-ratus cawangan bank seluruh Malaysia terlibat dalam memberikan pinjaman atau pembiayaan pembelian kenderaan secara hutang. 
Jika beratus-ratus bank terlibat memberikan pinjaman beli kenderaan dan secara logiknya beratus-ratus jugalah pada satu-satu masa peminjam yang gagal bayar ansuran bulanan pinjaman kenderaan. Realitinya, banyak kenderaan yang di tarik kerana gagal bayar ansuran bulanan. Terdapat tempat penyimpanan atau stor tempat kenderaan tarik disimpan seluas lebih kurang 1 - 4 padang bola dan ada antaranya tempat penyimpanan yang terlalu sesak atau padat dengan kenderaan yang di tarik. Jadi, macam-macam kenderaan yang ada samada yang biasa-biasa, sederhana atau kenderaan mewah dan yang tak mampu bayar hutang bukan hanya yang berpendapatan rendah malah yang berprofail tinggi seperti ahli perniagaan, dato atau tan sri pun banyak yang muflis sebab tak bayar hutang. Jadi jangan hairanlah jika berlambak kenderaan mewah yang di lelong dan tak pelik jika anda memiliki kenderaan yang harga pasarannya ratusan ribu, anda beli pada harga lelong pada jangkauan bajet anda.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG