1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Kastam

Kastam - kenderaan kereta lelong dari pelbagai agensi kerajaan seperti JPJ Polis atau kastam yang di tawarkan dengan harga murah atau terlalu murah. Kebiasaannya dakwaan dikatakan, " kenderaan lelong " atau yang di nyatakan pelbagai perkara yang begitu menarik dan mengelirukan. Antaranya, tawaran kenderaan direct atau boleh dibeli terus tanpa beli pada masa di lelong, 'ada orang dalam' dan pelbagai dakwaan yang mempersona bagi memperdaya 'mangsa' dengan pelbagai cara.
Untuk makluman, jika didakwa kenderaan lelong perlu dibeli semasa di lelong dan tidak ada mana-mana agen atau wakil yang bertindak bagi pihak pembeli sebenar serta kenderaan lelong hanya dibeli semasa di lelong bukan dibeli melalui mana-mana agen lagi pun tidak ada mana-mana agensi kerajaan yang melantik mana-mana individu sebagai agen. AWAS !!! kini terdapat banyak kenderaan curi yang dijual dengan dakwaan kenderaan lelong dari kastam polis JPJ dan terdapat juga dakwaan yang mengatakan kenderaan recond dari singapore brunei jepun UK US dan macam-macam negara lagi. Jika anda tertarik serta terpedaya dengan dakwaan-dakwaan 'bodoh' lagi membodohkan anda, kesannya adalah hilang wang yang di belanjakan dan kemungkinan dipenjarakan sebab memiliki barang curi atau memiliki dokumen resmi kerajaan yang di palsukan. Kenderaan lelong dari pelbagai agensi kerajaan yang dibuat hanya oleh agensi berkenaan dan di uruskan dikaunter agensi berkenaan. Dan jualan kenderaan lelong dari pelbagai bank-bank yang dibuat setiap minggu, boleh dikatakan lelongan kenderaan dari bank dibuat di setiap negeri dan antara lebih kurang 50 - 100 ribu unit pelbagai jenis kenderaan yang sebelum ini telah di lelong, yang kini sedang di lelong serta yang akan di lelong. Lebih kurang 20 tahun lalu jualan kenderaan lelong dari bank dibuat, jika sebelum ini hanya dealer-dealer usedcar atau penjual-penjual kenderaan terpakai buat pembelian dan jualkannya semula pada pembeli tetapi kini anda sebagai pembeli individu boleh terus dapatkan kenderaan yang diperlukan di tempat jualan kenderaan lelong, anda beli kenderaan yang diperlukan pada harga lelong.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG