lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Khamis

Cash

Cash - kenderaan kereta lelong, cara pembayaran bagi pembelian kenderaan lelong kebiasaannya adalah secara tunai / cash. Dimana pembeli di kehendaki buat bayaran dalam tempoh tertentu mengikut apa yang di tetapkan oleh legal owner atau sebagaimana tempoh bayaran yang di tetapkan pada surat kontrak pembelian kenderaan lelong. 
Jika ada yang ingin buat pembelian melalui pinjaman bank / bank loan, kebiasaannya di buat melalui personal loan atau pinjaman peribadi dan setelah dapat wang cash dari personal loan, barulah buat pembelian kenderaan lelong yang di bayar secara tunai / cash. Pinjaman peribadi / personal loan adalah di uruskan sendiri oleh pembeli berkenaan mengikut kelayakannya. Dan di tempat jualan kenderaan lelong tidak terdapat urusan buat pinjaman / loan bagi kenderaan yang di lelong. Jika ada pihak yang menawarkan buat pinjaman / loan bagi kenderaan lelong ianya tiada kaitan dengan jualan kenderaan lelong. Perlu faham bahawa tempat jualan kenderaan lelong hanya buat lelongan kenderaan dan pembelian secara tunai / cash. Dimana cara pembayarannya secara tunai / cash samada di bayar dengan wang tunai atau melalui bank draf atau credit card. Jika ada apa-apa tawaran kenderaan lelong yang boleh dibuat secara pinjaman / loan, anda perlu pastikan surat kontrak atas nama siapa dan kenderaan berkenaan atas nama siapa pula. Terdapat penipuan kenderaan yang didakwa sebagai kenderaan lelong tetapi sebenarnya kenderaan curi. Kenderaan yang di jual secara lelong, dibeli hanya oleh pembeli itu sendiri, melalui proses lelongan, di beli di tempat jualan kenderaan lelong dan semua proses pembelian adalah hanya dibuat oleh pembeli yang sebenar tanpa melalui mana-mana agen, wakil atau mana-mana pihak yang mewakili pembeli yang sebenar. Dan hanya pembeli sebenar yang buat pembelian kenderaan yang di lelong serta kebiasaannya bayaran secara tunai / cash dibuat di kaunter bank bagi mendapatkan semua dokumen kenderaan lelong yang dibeli. Dan perlu juga di ketahui, tidak pernah mana-mana pihak dilantik samada oleh bank, kastam atau mana-mana agensi pun bagi mewakilinya dalam urusan jualan kenderaan yang dilelong. Ingat !!!, pembelian kenderaan lelong hanya dibuat oleh pembeli itu sendiri, pembelian dibuat di tempat jualan kenderaan lelong dan kebiasaannya pembayaran dibuat secara tunai / cash.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG