1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Khamis

Kos

Kos - kenderaan kereta lelong, ada yang minta di pastikan dengan ko$ tertentu samada boleh atau tidak untuk dapatkan kenderaan yang di kehendaki. Minta confirmkan atau sahkan atau nak dipastikan kenderaan yang di kehendaki dapat pada harga yang tertentu. Janji atau apa-apa yang luarbiasa tidak boleh dibuat dalam urusan yang dibuat. Jika pada awalnya sememangnya ada niat untuk menipu, apa pun yang di kehendaki atau di perlukan akan diberikan pelbagai janji manis yang mempersonakan di sebabkan nak memperdayakan.
Kos kenderaan lelong terdapat dalam beberapa keadaan samada lebih tinggi, lebih kurang sama atau lebih rendah, dimana lebih rendah pula terdapat 3 keadaan samada separuh, satu pertiga atau kurang dari satu pertiga. Apa pun kos kenderaan hanya merujuk pada list / senarai harga yang di edarkan pada tempat/hari lelongan dibuat dan apa-apa senarai harga selain yang di edarkan pada tempat/hari lelongan adalah tidak boleh dirujuk. Kos juga berkaitan perbelanjaan pada kenderaan yang di lelong, RM 500 pada charge tempat lelongan, RM 130 bagi pengesahan status kenderaan yang di lelong, RM 100 untuk tukarnama, kos insuran/cukai jalan ikut cc kenderaan dan lain-lain kos jika terlibat baikpulih atau apa-apa yang perlu. Kenderaan lelong yang dibeli setelah anda sendiri berpuashati pada kos atau harga dan setelah anda sendiri buat inspection / pemeriksaan pada kenderaan yang hendak dibeli. Jadi jika ada pandangan yang mengatakan kenderaan lelong yang dibeli perlu keluar banyak kos untuk buat banyak atau repair atau baiki kerosakkan itu sebenar pandangan orang yang rosak otak yang perlu dibaiki otaknya. Kenderaan yang di lelong hanya di beli setelah pembeli itu sendiri buat pemeriksaan / inspection, proses inspection pula antara yang di wajibkan pada setiap pembeli sebelum buat pembelian kenderaan yang di lelong. Kecualilah jika pembeli itu sendiri yang beli kenderaan lelong setelah dia sendiri beli kenderaan yang perlu dibaiki dimana dia sendiri yang tanggung kos repair. Beli kenderaan lelong bukan sekadar tengok gambar tetapi pembeli boleh tengok, boleh buat pemeriksaan pada kenderaan dan hanya setelah berpuashati barulah pembeli berkenaan buat pembelian. Apa-apa yang hendak dibeli khususnya kenderaan lelong, anda lah sendiri yang buat keputusan dan bukan hanya dipengaruhi dengan dakwaan-dakwaan atau sekadar dengar cerita saja. 
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG