1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Khamis

Loan

Loan - kenderaan kereta lelong, 2 perkara yang nak kaitkan loan / pinjaman bank dengan jualan kenderaan lelong walaupun terdapat pelbagai perkara tentang loan ini. Pertama, kenderaan yang gagal buat bayaran pinjaman bank / bank loan, di tarik dan seterusnya di jual secara lelong. Nak mudah faham, mana-mana pembeli kenderaan yang tak bayar hutang bank atau hanya reti hutang tetapi tak reti nak bayar hutang, kenderaannya di tarik dan seterusnya di jual secara lelong.
Dan kedua berkaitan loan bank / pinjaman bank adalah mengenai antara proses biasa bagi membuat pinjaman bank / bank loan. Walaupun terdapat pelbagai proses bagi membuat pinjaman bank / bank loan atau mengikut standard operating procedure ( SOP ) yang diamalkan oleh bank tertentu. Secara umumnya atau antaranya, penilaian oleh pihak bank  mengikut krekteria dan kemampuan membayar balik pinjaman antara yang di titik beratkan untuk meluluskan loan / pinjaman. Bukti pendapatan kebiasaan borang cukai pendapatan, slip gaji, perakuan majikan, cagaran, penjamin dan apa-apa yang difikirkan perlu bagi melayakkan peminjam buat pinjaman. Mengenai proses pinjaman pula, antara kebiasaannya pihak bank akan buat screening dengan ccris samada peminjam pernah di senarai hitam atau sebelum ini pernah gagal buat pinjaman atau jadi penjamin pada peminjam yang gagal buat bayaran pinjaman. Terdapat 2 tahap bagi pinjaman yang di luluskan, peringkat awal setelah mendapat kelulusan layak buat pinjaman dan seterusnya proses dokumentasi yang melibatkan surat tawaran atau perjanjian pinjaman dengan pihak peguam yang mewakili pihak bank. Kebiasaannya dalam tempoh yang singkat kelulusan di ketahui samada layak atau tidak untuk buat pinjaman / loan setelah berikan kebenaran pada pihak bank untuk buat semakkan tahap kewangan peminjam atau status peminjam. Setelah selesai proses semakkan, peminjam di kehendakki menandatangani surat perjanjian melalui peguam yang di lantik oleh bank. Apa pun keterangan yang dinyatakan mengenai loan / pinjaman ini, ianya adalah tertakluk pada apa yang ditetapkan oleh pihak bank. Terdapat juga pinjaman / loan dibuat dengan mengunakan dokumen palsu bagi melayakkan pinjaman / loan yang dibuat. Dan dengan proses yang begitu teliti oleh pihak bank, kenderaan yang gagal buat bayaran pinjaman bank / loan bank, di tarik seterusnya di jual secara lelong. Ingatan pada pembeli kenderaan, sepatutnya nilailah atau fikirkanlah berulang-ulang kali untuk buat pinjaman bank / bank loan, hanya jika benar-benar mampu, benar-benar perlu setelah di fikirkan berulang-ulang kali. Jika loan / pinjaman dalam tempoh yang lama, bukan setakat pinjaman asas yang perlu dibayar, anda juga perlu bayar faedah bank dan terpaksa menanggung beban hutang dalam tempoh yang lama. Tetapi apa-apa pun ikut suka awak lah, awak dah besar, pandai-pandai lah atau dalam istilah sekarang - LU PIKIR LAA SENDIRI... atau TAU TAK PAA...
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG