lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Selasa

Stor

Stor - kenderaan kereta lelong yang terdapat di seluruh 1Malaysia dan terdapat lebih kurang 30 tempat atau stor lelongan. Mungkin ada yang tahu satu atau dua tempat dan hanya sebahagian kecil stor lelongan. Jika tentang stor lelongan agak sukar di ketahui dan mengenai pembelian kenderaan lelong tentang proses serta prosedur asas pembelian kebiasaannya kurang atau langsung tidak di ketahui. Dengan akses online, kesemua tempat / stor lelong yang biasa buat lelongan mudah di ketahui dengan capaian internet.
Mengenai stor lelongan terdapat beberapa perkara yang sepatutnya di ketahui, terdapat tempat penyimpanan atau stor kenderaan dengan tempat jualan lelong yang berbeza, dimana kenderaan di simpan di lain dan lelongan di buat di lain. Tetapi kebiasaannya stor penyimpanan dan tempat pembelian kenderaan lelong adalah di tempat yang sama. Sebagai pembeli anda perlu ketahui masa tertentu dimana stor jualan kenderaan lelong dibuat. Tempat jualan atau stor lelongan hanya dibuka pada hari-hari tertentu saja dan di tutup jika tiada lelongan dibuat. Stor penyimpanan kenderaan lelong tidak dibuka dan tidak boleh masuk sesuka hati jika bukan pada hari lelongan dibuat. Jualan kenderaan lelong hanya dibuat di stor atau tempat tertentu dan pembelian kenderaan lelong hanya dibuat semasa lelongan diadakan. Kawalan keselamatan pada kenderaan di dalam stor lelongan dibuat dengan pelbagai cara, gambar kenderaan dalam beberapa keadaan di ambil sebaik saja kenderaan yang di tarik masuk ke dalam stor lelongan, lapuran polis dibuat bagi setiap kenderaan yang di tarik, kawalan dengan pengawal keselamatan serta cctv sebagai jaminan keselamatan pada kenderaan. Gambar yang di ambil sebaik saja kenderaan masuk ke dalam stor lelongan adalah di berikan pada pihak bank dan satu salinan gambar di berikan pada pembeli yang berjaya buat pembelian pada kenderaan yang di lelong. Ini menjelaskan bahawa langkah-langkah bagi jaminan keselamatan kenderaan yang di tarik adalah terkawal mengikut prosedur dan peraturan-peraturan yang di tetapkan oleh legal owner kebiasaannya oleh bank.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG