lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Sabtu

Kastam

Kastam - kenderaan kereta lelong, sememangnya ada pihak kastam buat lelongan kenderaan yang di sebut sebagai kenderaan lucut hak, dimana kenderaan yang di sita/rampas oleh pihak kastam khususnya yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan yang dikuatkuasakan oleh pihak kastam. Tetapi perlu ingat, pihak kastam tidak pernah melantik mana-mana pihak mahupun individu sebagai wakil atau agen. Jika anda menerima tawaran dari mana-mana pihak atau individu yang menawarkan secara terus / direct pada anda kenderaan dengan harga murah, yang mendakwa kenderaan kastam lelong, segera hubungi pihak kastam samada di pejabat kastam yang berdekatan atau mana-mana pejabat kastam samada di negeri atau di ibu pejabat.
Jika tawaran kenderaan pada harga murah yang anda terima 'terlalu' luarbiasa, sepatutnya buat semakan terus dengan pihak JPJ atau boleh terus hubungi pihak polis, pendedahan yang dibuat oleh media mengenai kenderaan curi atau penipuan terancang sering dipaparkan di media cetak atau media elektronik. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran 'pelik' atau dakwaan-dakwaan terlalu 'menarik' dan ambil langkah berhati-hati serta buat rujukan dengan pihak-pihak berkuasa tertentu. Perlu ketahui, kenderaan yang dijual secara lelong adalah dibuat di tempat lelongan dan tidak pernah di tawarkan terus pada pembeli diluar tempat lelong. Kenderaan lelong dibuat oleh mana-mana pihak pun hanya dilakukan ditempat lelongan dan melalui proses tertentu yang ditetapkan. Apabila dikaitkan dengan perkataan 'lelong' ianya perlu melalui proses lelongan oleh jurulelong dan tidak boleh berlaku kenderaan lelong di jual tanpa proses lelongan. Jika kenderaan lelong di jual secara terus / direct pada pembeli, itu adalah kenderaan curi dan anda beli kenderaan berkenaan perlu sedia tanggung risiko kehilangan wang serta boleh di penjara jika disabitkan kesalahan memiliki barang curi.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG