1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Rabu

Kastam

Kastam - Polis JPJ Puspakom jualan kenderaan lelong berkaitan pelbagai agensi kerajaan, sememangnya ada dibuat tetapi ianya dilakukan oleh agensi berkaitan dan tidak ujud mana-mana pihak atau individu yang dilantik sebagai agen atau wakil bagi pihak agensi berkenaan. Jualan kenderaan lelong oleh agensi kerajaan seperti Kastam Polis JPJ Puspakom dengan prosedur tertentu, yang dilakukan sendiri oleh agensi berkenaan dan diuruskan di pejabat atau dikaunter agensi berkenaan. Tidak pernah mana-mana agensi kerajaan yang lantik mana-mana individu atau mana-mana pegawai agensi berkaitan bertindak diluar prosedur yang ditetap dan jika anda menerima tawaran kenderaan kenderaan dengan harga murah yang didakwa kenderaan lelong, sepatutnya lebih hati-hati. Berikut kenyataan tentang jualan kenderaan lelong dari kastam:
 
KDRM bakal lelong 367 kereta mewah bernilai RM55.1 juta
PELABUHAN KLANG - Sebanyak 367 buah kereta mewah bernilai RM55.1 juta yang dirampas oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor sejak Januari lalu, bakal dilelong kepada orang ramai jika pengimportnya gagal mengemukakan permit import (AP) kenderaan itu dalam tempoh yang ditetapkan.Antara kereta yang dirampas kerana melanggar Perintah Kastam iaitu Larangan Mengenai Import 2008 adalah Mercedes-Benz, Porsche, BMW, Lexus, Toyota Alphard, Toyota Caldina dan Toyota Wish.
Kesemua kenderaan mewah itu yang kebanyakannya dibawa masuk dari United Kingdom dan Jepun, kini tersadai di stor KDRM Selangor di Pelabuhan Barat di sini.Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar berkata, nilai sebuah kenderaan itu bermula dari RM50,000 sebelum cukai. Kesemua rampasan kereta mewah itu dilakukan di pelabuhan di Selangor sejak Januari lalu hingga awal bulan ini. Beliau berkata, rampasan terbaru melibatkan 50 buah kereta mewah termasuk Porsche di Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat pada bulan ini.
"Pengimport semua kenderaan mewah ini masih gagal mengemukakan AP walaupun tempoh sebulan telah diberikan. "Selepas tempoh itu berakhir, kita akan lucut hak mereka ke atas kenderaan terbabit sebelum kereta-kereta itu dilelong," kata beliau kepada pemberita di stor Bahagian Penguatkuasaan KDRM Selangor di Pelabuhan Barat di sini hari ini.
Terdahulu, beliau dan pegawai kanan KDRM Selangor menghadiri majlis makan tengah hari bersama media di Wisma KDRM Pelabuhan Barat. Sepanjang tahun ini, kata beliau, sebanyak 150 buah kereta mewah bernilai kira-kira RM20 juta yang ditahan atas kesalahan yang sama telah dituntut di Selangor setelah pengimportnya mengemukakan AP.
Tambahnya lagi, KDRM negeri juga merampas 160 buah kereta pelbagai jenis yang kini berada di stor Pelabuhan Utara di sini.Kesemua kereta itu, katanya, dirampas sama ada ketika operasi mencegah penyeludupan di seluruh Selangor atau disita kerana digunakan oleh penyeludup yang diberkas. Dalam pada itu, Ibrahim memberitahu, sejak Januari hingga semalam, KDRM berjaya mematahkan 3,719 kes penyeludupan dengan jumlah rampasan RM213,601,054 dan nilai cukai RM219,643,378.
Ujarnya, antara barangan yang dirampas adalah rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan barangan elektrik - utusan online

Web lelongline ini adalah berkaitan kenderaan lelong dari Bank dan tiada kaitan dengan jualan kenderaan lelong dari agensi kerajaan seperti Kastam JPJ Polis Puspakom, guide service atau perkhidmatan bimbingan diberikan pada pembeli setelah daftar dan bayar fees guide. Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG