lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Jumaat

Kenderaan curi

Kenderaan curi - jika anda mendapat tawaran dari mana-mana individu yang menjual apa-apa kenderaan pada harga yang murah atau tawaran yang luarbiasa atau yang mengelirukan, berhati-hatilah kemungkinan besar kenderaan berkenaan adalah yang di curi atau sesuatu yang tidak betul. Buatlah rujukan dengan mana-mana pihak yang sepatutnya sebelum berurusniaga atau buat apa-apa bayaran pada pihak yang yang menawarkan kenderaan berkenaan. Perhatikanlah kenyataan yang kerap dinyatakan pada pelbagai media seperti berikut:

LIMA KENDERAAN CURI ANTARA SEPULUH KENDERAAN DITEMUI

BANTING, 20 Februari – Lima buah kenderaan mewah yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang ditemui pihak polis bersama lima lagi kenderaan dalam satu serbuan di kawasan pendaratan paragliding di Batu Hampar, Jugra, Banting. Kesemua kenderaan yang ditemui dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penyeludupan rokok oleh sindiket yang dipercayai telah lama aktif.
Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato’ Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sebentar tadi berkata kejayaan ini adalah hasil intipan sepasukan polis yang dibentuk oleh Ketua Polis Daerah Banting selama sebulan dan ia secara tidak langsung dapat mematahkan sindiket penyeludupan serta sindiket curi kenderaan.
Tambahnya lagi, ada di antara kenderaan yang ditemui didapati telah diubahsuai nombor casis dan menggunakan nombor pendaftaran palsu. Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan aktiviti sindiket serta mengesan suspek-suspek yang terlibat. Anggaran nilai rampasan lebih kurang RM1.4 juta.

Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG