lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Jumaat

Lelong

Lelong - yang mengaitkan agensi kerajaan seperti kastam polis JPJ puspakom di mana kini terlalu kerap di terima oleh pembeli, walaupun ujud atau terdapat jualan kenderaan dari pelbagai agensi kerajaan tetapi ianya dilakukan sendiri oleh pihak berkenaan dan tidak dibuat oleh mana-mana agen atau wakil bagi yang tidak pernah dilantik agensi berkaitan. Jadi, anda sepatutnya tidak terperdaya dengan tawaran-tawaran atau apa-apa dakwaan untuk beli kenderaan dengan harga murah. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh pihak polis, namun masih lagi berlaku kes-kes penipuan yang berkaitan beli kenderaan yang di curi dan sebagaimana pendedahan di media sebagaimana berikut, sepatutnya boleh memberikan ingatan pada anda.
  
D4 Bukit Aman tumpaskan sindiket curi kenderaan 4WD
14 MAC: Usaha sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Risikan dan Operasi (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhasil dengan penahanan dua pasangan suspek yang disyaki menjadi dalang kepada satu sindiket mencuri kenderaan pacuan empat roda.
Kesemua suspek yang berumur di antara 21 hingga 26 tahun itu ditahan di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang setelah pasukan serbuan berjaya memintas kenderaan yang dinaiki oleh mereka.
Ketua Penolong Pengarah JSJ (D4) SAC Dato’ Abd Manaf Abd Razak berkata, pihaknya telah menjalankan risikan dan pemerhatian terhadap kumpulan yang dipercayai bergerak aktif di sekitar Selangor itu sejak hampir sebulan lalu.“Pihak polis menjalankan risikan dan pemerhatian ke atas sebuah gudang di kawasan Perindustrian Mega, Bandar Teknologi Kajang, Selangor yang dijadikan tempat menyimpan kenderaan yang dicuri dan kami menemui 10 buah kenderaan pacuan empat roda antaranya Toyota Hilux, Fortuner dan Honda CRV yang dilaporkan hilang”.
“Semakan mendapati enam buah kenderaan jenis pacuan empat roda dilaporkan dicuri dan dipercayai kenderaan tersebut akan dihantar ke pelabuhan Jebel Ali, Dubai melalui pelabuhan Klang, Selangor”, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi Jumaat.
“Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati mendapati dua suspek lelaki berperanan sebagai ‘jokey’ yang bertanggungjawab mengambil atau menghantar kenderaan curi ke dalam kontena,” jelas Abd Manaf.
Dua lelaki terbabit didakwa dengan 10 pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan iaitu melupuskan harta curi di Mahkamah Kajang Jumaat lalu.
Mereka juga didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas ketika cuba meloloskan diri daripada diberkas pada penghujung Februari lalu.

Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG