lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Sabtu

Murah

Murah - harga kenderaan kereta lelong, ' kenapa murah ', antara soalan yang kerap ditanya. Agak payah nak jawab sebab jika bagitau nanti salah fakta jadi auta, lagi pun yang bertanya tu pun bukannya tau apa sangat pun dan sebab tu dia tanya. Ada juga yang buat macam-macam andaian sebab ikut suka hati saja menyatakan sebab harga kenderaan lelong jadi murah. Jika yang andaikan harga kenderaan lelong murah sebab rosak, ini mengambarkan tahap atau keadaan 'otak'nya yang rosak atau mungkin kepalanya terantuk kat mana-mana menjadikan urat saraf 'terputus' mencacatkan otak seterusnya mempengaruhi tahap pemikirannya.
Realitinya atau keadaan sebenarnya, mana-mana orang yang buat pinjaman / loan bank, gagal buat bayaran bulanannya dengan pihak bank, kenderaannya di tarik seterusnya di jual secara lelong. Dan jika pinjamannya melebihi RM 30 ribu dan keatas, peminjam berkenaan akan melalui proses perundangan dan mahkamah boleh isytiharkan 'MUFLIS'. Dengan status muflis atau bankrap, bukan setakat kenderaan di tarik malah apa saja aset peminjam berkenaan di sita dan di lelong. Setelah semua proses tuntutan pinjaman oleh pihak bank samada pada peminjam atau penjamin, harga kenderaan jadi murah dan harga lelongan kenderaan berkenaan hanya ditentukan oleh legal owner iaitu bank semasa kenderaan di lelong. Eroninya, harga kenderaan lelong jadi murah sebab pemilik asal kenderaan berkenaan jadi muflis. Harga kenderaan yang di lelong samada mahal atau murah tidak mengikut harga pasaran semasa dan hanya di tentukan oleh legal owner iaitu pihak bank. Proses biasa, dimana pemilik asal yang gagal buat bayaran bulanan, kenderaannya di tarik dan seterusnya di jual secara lelong. Ada juga yang tanya, setelah beli adakah pemilik asal boleh buat tuntutan pada kenderaan berkenaan. Apa-apa kenderaan yang dibeli melalui pinjaman / loan bank, selagi tak habis buat bayaran bulanan, kenderaan berkenaan adalah milik bank dan pemilik asal tiada hak buat apa-apa tuntutan setelah anda beli kenderaan berkenaan. Dan ada juga yang tanya, 'setelah beli kenderaan yang di lelong perlu ker buat tukar nombor plate', tidak boleh buat tukar nombor plate sesuka hati sebab hanya kenderaan baru yang didaftarkan saja boleh didaftarkan dengan nombor plat baru. Tetapi anda boleh beli kenderaan yang dilelong mengikut bajet anda sendiri, apa-apa kenderaan dibeli hanya pada harga yang murah.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG