1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Pantas

Pantas - atau cepat, iaitu mengenai cara jualan kenderaan kereta lelong. Kurang dari seminit satu unit kenderaan di jual, antara 20 - 50 saat tempoh jangka masa dimana pembelian kenderaan dilakukan. Walaupun kadang-kadang ada juga sehingga 3 - 10 minit atau lebih masa di ambil bagi pembelian dibuat bagi se unit kenderaan. Apa yang nak di jelaskan atau motif mengenai tempoh masa jualan/pembelian kenderaan lelong adalah dilakukan begitu pantas.
Jika adalah permintaan dari pembeli yang nak minta untuk cari apa-apa kenderaan untuknya, simpan dulu dan nanti dia datang ambil, itu tidak mungkin boleh dilakukan. Proses pembelian kenderaan lelong di lakukan terus semasa kenderaan berkenaan di lelong, pada hari atau semasa kenderaan berkenaan di lelong. Pembelian dilakukan terus oleh pembeli itu sendiri, di hadapan jurulelong dan semasa lelongan dilakukan serta beli kenderaan pada harga lelong. Segala proses jualan dan pembelian dilakukan dengan begitu pantas tanpa soal jawab atau tidak ada masa nak cerita macam-macam. Malah hanya suara jurulelong serta pembantu jurulelong saja yang ada dan pembeli hanyalah angkat nombor pembida jika mahu buat pembelian. Tidak ada masa nak tanya atau buat soalan mengenai kenderaan yang dilelong dan jurulelong akan buat lelongan dengan pantas. Keadaan di tempat lelongan dibuat atau pada dewan lelong dimana pembeli hanya fokus pada kenderan yang hendak dibeli dan tidak ada masa nak bersembang. Bayangkan, jika seunit kenderaan yang dijual kurang dari seminit, ini bermakna siapa yang cepat atau dengan pantas buat pembelian maka dialah yang dapat kenderaan berkenaan. Namun, pelbagai perkara yang anda sebagai pembeli sepatutnya ambil tahu sebelum buat pembelian kenderaan yang di lelong.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG