lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Sabtu

Sambung bayar

Sambung bayar - kenderaan kereta yang di tawarkan kini agak ketara dan pelbagai dakwaan yang menarik serta mengelirukan. Kenderaan hutang bank atau yang masih dalam bayaran ansuran bulanan dengan pihak bank adalah salah untuk buat apa-apa urusniaga. Pada kad pendaftaran atau geran kenderaan yang masih belum habis buat bayaran telah didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) - di tuntut oleh pihak bank, jadi tidak boleh buat sebarang urusniaga kenderaan berkenaan.
Jika anda bercadang beli kenderaan 'sambung bayar', fikirkanlah beberapa risiko yang bakal anda terima setelah beli kenderaan berkenaan. Antaranya, jika berlaku kemalangan pada kenderaan sambung bayar berkenaan, siapa yang boleh buat tuntutan insuran, jika berlaku kecurian siapa yang boleh buat tuntutan atau laporan polis, jika pemilik asal mati, siapa yang berhak buat tuntutan pada kenderaan berkenaan, pembayaran bulanan yang dibuat oleh anda pada kenderaan sambung bayar apa jaminan bahawa kenderaan berkenaan adalah milik anda, anda bayar kenderaan sambung bayar tu pada siapa, pada bank atau pada agen, jika pada agen anggaplah itu sebagai 'sedekah atau amal jariah' sebab 'confirm' tak sampai pada bank dan pelbagai lagi masalah atau risiko yang 'terselindung' yang tidak dinyatakan tetapi setelah anda beli kenderaan sambung bayar barulah anda akan tahu satu persatu masalah yang bakal mendatang. Di sebabkan anda mudah di perdaya dengan tawaran-tawaran yang menarik atau anda dalam keadaan terdesak, tanpa pengetahuan dan buat keputusan untuk berurusan beli kenderaan sambung bayar serta langsung tidak tahu risiko yang bakal anda hadapi. Buatlah sikit usaha untuk dapatkan maklumat tentang beli kenderaan sambung bayar, bacalah artikal yang banyak di internet berkaitan beli kenderaan sambung bayar.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG