1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Sabtu

Stor

Stor - kenderaan kereta lelong di mana tempat jualan kenderaan secara lelong dibuat. Stor lelongan merupakan hak persendirian walaupun lelongan dibuat secara 'open auction'/public auction/lelongan awam/lelongan terbuka. Stor lelongan adalah kebiasaannya tempat penyimpanan kenderaan yang akan dilelong dan terdapat juga kenderaan di simpan berlainan tempat dari tempat lelongan dibuat. Untuk keselamatan, stor lelongan hanya dibuka pada hari tertentu terutamanya pada hari lelongan dibuat.
Disebabkan hampir 30 stor lelongan di seluruh Malaysia, yang dimiliki oleh pemilik atau syarikat yang berbeza dan keluasan stor lelongan antara yang paling kecil iaitu seluas rumah kedai atau kilang dan yang terbesar dengan keluasan antara 3 - 5 padang bola ( saiz padang bola sekolah biasa bukan macam studium shah alam atau bukit jalil ). Jika di kawasan Klang Valley iaitu di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, terdapat 4 stor lelongan yang terbesar dan perbezaan antara stor lelongan yang besar dengan yang kecil adalah pilihan jenis kenderaan yang lebih banyak di stor lelongan yang besar. Di sebabkan stor kenderaan lelong hanya dibuka pada hari-hari tertentu, anda perlu ketahui tarikh serta masa lelongan dibuat untuk masuk ke stor lelongan berkenaan. Tetapi jika anda hanya tahu satu atau dua stor lelongan atau sebahagian kecil stor lelongan, ianya mungkin menghadkan pilihan kenderaan yang anda perlukan malah agak sukar anda buat pembelian dengan pengetahuan yang terbatas. Antara lebih kurang 30 - 60 kali lelongan dibuat, dengan kenderaan yang pelbagai jenis samada keluaran Malaysia atau yang di import dan anda sendiri yang buat pilihan mengikut kenderaan yang anda kehendaki serta mengikut bajet kemampuan anda.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG