1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Bayar

Bayar - kenderaan kereta lelong yang di beli semasa di lelong, tempoh samada dari 5 - 14 hari atau tempoh tertentu yang di tetapkan oleh pihak bank. Lanjutan tempoh boleh di minta dengan di kenakan bayaran tertentu. Untuk buat pembelian kenderaan yang di lelong dengan harga bawah RM 100 ribu, pembeli perlu depositkan sebanyak RM 1,500.00 bagi setiap unit kenderaan yang hendak dibeli. Dan RM 5,500.00 bagi kenderaan yang harga lebih RM 100 ribu dan ikut apa yang di tetapkan oleh tempat pengendali lelongan.
Berikutan perlaksanaan GST, terdapat penambahan bayaran antara RM 30 - 50 bagi bayaran deposit setiap unit kenderaan yang hendak dibeli. Dan terdapat juga tempat pengendali yang tidak kenakan penambahan bayaran berkenaan. Dan untuk pembelian kenderaan melebihi RM 100 ribu, bayaran deposit dikenakan samada RM 5,500 atau 5% dari harga lelongan dan mengikut apa-apa yang di tetapkan oleh tempat pengendali lelongan berkenaan serta tertakluk perubahan dari masa ke semasa. Sebagai pembeli sepatutnya anda ketahui, hanya apabila berjaya buat pembelian deposit di ambil tetapi jika gagal buat pembelian, wang deposit di kembalikan serta merta atau pada ketika itu juga. Tetapi bagi yang buat bayaran deposit melalui kad kredit ianya dikenakan service charge 2.5% atau mengikut apa yang di tetapkan oleh tempat pengali lelongan berkenaan. Bayaran deposit adalah ditolak atau termasuk harga pembelian kenderaan yang di lelong. Baki bayaran atau jumlah yang perlu dibayar dinyatakan pada 'surat kontrak' iaitu dokumen perakuan pembelian kenderaan yang di lelong. Apabila anda berjaya buat pembelian kenderaan yang di lelong, tempoh buat bayaran penuh / full payment di berikan antara 5 - 14 hari mengikut apa yang di tetapkan oleh pihak legal owner / pihak bank. Bagi tujuan pengesahan status kenderaan, anda perlu buat bayaran RM 137.80 dan ini bertujuan anda mengetahui kenderaan berkenaan berkeadaan baik atau tidak. Tiada apa-apa bayaran yang lain, segala bayaran dinyatakan dan anda perlu ambil tahu apa-apa yang sepatutnya dilakukan atau yang sepatutnya di bayar. Ini adalah kerana terdapat tempat pengendali lelongan yang tidak jelaskan tetapi kenyataan bertulis di berikan dan pembeli tidak tahu mengenainya. Bayaran bagi buat tukarnama, insuran, cukai jalan adalah dibuat oleh anda / pembeli sendiri semasa buat proses tukarnama kenderaan berkenaan.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG