lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Khamis

Keadaan

Keadaan - condition kenderaan kereta yang di jual secara lelong adalah sebagaimana biasa dan bukanlah kenderaan di sebabkan rosak ianya di lelong. Kenderaan yang masih dalam hutang / loan bank, ianya di lindungi insuran dan jika terlibat dengan kemalangan ianya dibawa ke bengkel untuk dibaiki, bukan di hantar untuk di lelong.
Kenderaan di tarik kerana pemilik asalnya gagal buat bayaran pinjaman / loan bank, samada 2 - 3 bulan atau lebih dan kenderaan di tarik seterusnya di jual secara lelong. Dimana saja kenderaan diletakkan atau di temui oleh penarik kereta, kenderaan berkenaan akan di tarik. Jika kenderaan di parking depan rumah, jika kenderaan di parking di tempat kerja, jika kenderaan di parking di mana-mana saja atau kenderaan di temui sedang di pandu pun ianya akan di tarik oleh penarik kereta. Keadaan kenderaan sebagaimana biasa ianya digunakan sebelum ditarik. Bagi memastikan keadaan kenderaan tidak terjejas, proses tarik kenderaan di tetapkan antaranya laporan polis di buat sebelum/setelah di tarik, gambar keadaan kenderaan yang ditarik dalam beberapa posisi diambil dan kenderaan di simpan dalam stor dengan kawalan yang ketat. Dengan langkah-langkah keselamatan diambil oleh pihak bank bagi memastikan kenderaan yang ditarik dalam keadaan yang baik. Semasa kenderaan dipamerkan pada hari lelongan, pembeli hanya akan beli kenderaan setelah pastikan keadaan kenderaan dan setelah berpuashati pada keadaan kenderaan setelah di buat pemeriksaan / inspection, barulah pembelian dibuat. Keadaan kenderaan di buat pemeriksaan / inspection oleh pembeli bukan setakat tengok dari luar malah pembeli boleh masuk kedalam kenderaan, tengok bahagian enjin dan hanya beli setelah benar-benar berpuashati pada keadaan / condition kenderaan berkenaan.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG