lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Sabtu

Kenderaan

Kenderaan - yang ditawarkan dengan harga murah oleh mana-mana individu yang jual kenderaan pada harga terlalu 'luarbiasa', kebiasaannya kenderaan curi atau yang ada masalah atau salah di sisi undang-undang. Sering kali pendedahan di buat oleh pelbagai pihak berkuasa namun tidak diambil maklum oleh pembeli dan kini di paparkan antara pendedahan oleh akhbar sinar online seperti berikut :

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu telah menyita 22 kereta klon dengan nilai pasaran dianggarkan sebanyak RM2.5 juta.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri (JPJ), Abdul Rahman Emang Anyie berkata, jenayah klon kereta kini dikesan menjadi fenomena baharu dalam kalangan pemilik kenderaan malah ia dijual dengan harga murah bagi menarik lebih ramai pembeli.

“Sehingga Oktober lalu, sebanyak 22 buah kenderaan yang memiliki nombor casis dan nombor pendaftaran palsu disyaki klon telah disita pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, 22 kenderaan itu melibatkan tiga buah mini cooper, dua buah Honda Jazz, tiga buah Honda Accord, tiga buah Honda Civic, empat buah Sebaru Impreza, sebuah Honda Odessey, sebuah Pajero dan sebuah motosikal berkuasa tinggi.

“Kebanyakan modus operandi penjenayah menggunakan geran palsu, membina, mengubahsuai kenderaan sama ada dari dalam atau luar negara untuk dijual dengan harga murah berbanding pasaran.

“Kenderaan itu pula dibina, diubahsuai, dan digunakan sama ada kenderaan dalam atau luar negara dengan butir-butir pengenalan kenderaan seperti nombor casis, nombor pendaftaran dan nombor enjin bukan milik kenderaan itu,” katanya selepas Perhimpunan Setia & Majlis Persaraan & Pertukaran Kakitangan JPJ Negeri Terengganu.

Beliau berkata, daripada 22 kenderaan disita itu, empat daripadanya diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan lanjut.

Mengulas mengenai taktik digunakan bagi membina kenderaan palsu beliau berkata, kenderaan yang tidak digunakan akan dilupuskan, bagaimanapun geran kenderaan itu akan digunakan untuk membina kenderaan baharu.

Katanya, nombor pendaftaran kenderaan yang dilupuskan itu akan dipamerkan pada kenderaan lain yang telah tamat tempoh penggunaannya, manakala lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan akan dipalsukan menyerupai cukai jalan yang dikeluarkan JPJ.

“Apabila maklumat di dalam sistem JPJ berbeza dengan maklumat yang terdapat pada kenderaan itu, kita akan menyita kenderaan itu dibawah Seksyen 64 (1) dan seterusnya mengeluarkan saman di bawah seksyen 108 (3) (e) dan 108 (3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi setiap satu pertuduhan,” katanya.

Katanya, sekiranya semakan nombor casis kenderaan itu tidak wujud dalam sistem JPJ, pemilik kenderaan akan disaman dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 serta kenderaan klon itu akan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Justeru, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar pengguna tidak mudah tertipu dengan penjual kereta klon dan perlu merujuk kepada pihak berkuasa untuk langkah keselamatan.

“Kita harap orang ramai berhati-hati dan tidak terjerat dengan penipuan untuk memiliki kereta mewah, sebaliknya membuat pemeriksaan dan rujukan dengan pihak berkuasa,” katanya.

Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG