1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Rabu

Lawan

Lawan - atau bidding pembelian kenderaan kereta lelong yang jadi berbagai-bagai andaian sebab kurang atau langsung tidak tahu tentang keadaan sebenar ketika kenderaan di lelong. Proses pembidaan / bidding atau biasanya di katakan sebagai lawan harga ketika kenderaan di lelong adalah hanya berlaku apabila terdapat lebih dari seorang yang membida bagi satu unit kenderaan yang sama.
Pembeli yang masuk ke tempat jualan kenderaan lelong adalah bagi tujuan mendapatkan kenderaan pada harga yang murah. Hanya buat pembelian apabila harga kenderaan pada harga yang murah dan bukanlah beli kenderaan dengan harga yang tinggi. Pembeli yang masuk ke tempat jualan kenderaan lelong hanya akan beli kenderaan yang diperlukannya saja dan kebiasaannya elak untuk lawan bagi menaikkan harga kenderaan. Hanya dalam keadaan tertentu apabila berlaku lawan harga atau bidaan semasa lelongan dibuat. Tetapi realitinya bukan semua kenderaan yang di lelong terjual, bagi kenderaan yang tidak terjual bagi lelongan yang lepas, untuk lelongan yang akan datang kemungkinan di turunkan lagi harganya sehingga kenderaan berkenaan terjual. Dan hanya pada harga kenderaan yang murah barulah kenderaan berkenaan dibeli. Jadi soal lawan harga kenderaan yang dilelong adalah satu proses biasa sebab jualan kenderaan secara lelong dilakukan secara terbuka atau open auction. Di sebabkan agak kurang pendedahan tentang pembelian kenderaan yang di lelong, kurang juga pembeli yang tahu tentang proses dan prosedur pembelian kenderaan yang di lelong, dengan jumlah kenderaan yang agak banyak, tiada sebab jika anda ke tempat jualan kenderaan lelong untuk lawan harga supaya jadi tinggi.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG