1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Isnin

Lelong

Lelong - kenderaan kereta yang di tarik oleh bank dan tiada kaitan dengan lelongan di buat oleh kastam JPJ Polis atau mana-mana agensi kerajaan. Walaupun agensi kerajaan seperti kastam polis JPJ serta pelbagai agensi kerajaan yang lain buat jualan kenderaan lelong tetapi ianya di lakukan sendiri oleh agensi berkenaan. Segala maklumat jualan kenderaan lelong oleh pelbagai agensi kerajaan seperti kastam JPJ Polis adalah melalui proses tertentu dan hanya dilakukan di permis atau lokasi tertentu serta tidak ada mana agen yang bertindak bagi pihak agensi kerajaan berkenaan.
Lelong kenderaan yang di tarik oleh bank di lakukan setiap minggu, setiap bulan sepanjang tahun. Berbanding dengan jualan kenderaan lelong oleh agensi kerajaan yang dilakukan pada masa-masa tertentu. Kekerapan jualan kenderaan lelong yang bank tarik adalah lebih kerap antara lebih kurang 30 - 60 kali dalam sebulan di lebih kurang 20 - 30 tempat seluruh 1Malaysia. Jumlah atau bilangan unit kenderaan lelong yang bank tarik antara lebih kurang 1000 - 50,000 unit dan setiap kali lelongan antara lebih kurang 20 - 300 unit tertakluk pada tempat lelongan serta keadaan semasa. Dan lelongan kenderaan yang dibuat oleh agensi kerajaan tidak sekerap atau banyak kali dilakukan. Kenderaan lelong yang dibuat oleh agensi kerajaan adalah kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kesalahan-kesalahan yang dikuatkuasakan oleh agensi berkenaan. Terdapat juga kenderaan yang di gunakan bagi melakukan jenayah, kenderaan yang buat pengubahsuaian tidak ikut peraturan, kenderaan yang di seludup atau yang dibawa masuk tanpa A/P dan kenderaan berkenaan di sita, seterusnya di lelong setelah melalui proses undang-undang serta kenderaan di lelong oleh agensi kerajaan sebagai 'lucut hak'. Guide service tidak ada apa-apa kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan, jika anda nak berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan yang buat jualan kenderaan secara lelong, anda perlu berurus sendiri dan guide service tidak boleh dirujuk bagi apa-apa tujuan sekali pun. Guide service berikan panduan bagi tujuan buat pembelian kenderaan yang dijual secara lelong di tarik bank saja.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG