lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Selasa

Muflis

Muflis - atau bengkrapsi akibat hutang pinjaman kenderaan samada pembeli atau penjamin yang boleh dikenakan tindakan mahkamah. Jika anda buat pinjaman dengan pihak bank atau syarikat kredit, sekiranya gagal buat bayaran atas pinjaman dan tindakan undang-undang menanti anda. Puluhan ribu atau mungkin ratusan ribuan yang kini telah dikenakan tindakan undang-undang sehingga diisytiharkan muflis sebab gagal bayar hutang.
Ketahui, dengan pinjaman yang dibuat anda buat bayaran 2 perkara iaitu bagi pinjaman asas serta intrest / faedah atas pinjaman yang dibuat. Kadar pinjaman sebenar meningkat berikutan faedah yang dikenakan. Ini menjadikan jumlah pinjaman jadi lebih banyak dan anda perlu menanggung dalam tempoh jangka masa yang lama. Dengan keadaan yang tidak menentu, berikutan perbelanjaan yang sukar diramal dan akhirnya anda gagal buat bayaran bulanan pada pinjaman yang dibuat. Samada 2 atau beberapa bulan anda gagal bayar pinjaman bulanan, kenderaan anda di tarik dan bermulalah 'penderitaan', 'kesengsaraan' yang sebenarnya. Melalui proses undang-undang yang di kuatkuasakan melalui surat perjanjian semasa buat pembelian kenderaan yang di buat melalui peguam pihak bank, anda tertakluk pada segala apa yang anda tandatangani pada surat perjanjian atau 'kontrak'. 'Neraka dunia' akan berlaku berikutan tindakan undang-undang ke atas anda, bukan setakat kenderaan yang di tarik, rumah atau apa-apa aset anda yang boleh di sita dan dilelong. Setelah anda dapat perintah bengkrapsi oleh mahkamah melalui proses undang-undang, iaitu jika pinjaman anda melebihi RM 30 ribu atau apa-apa yang di kuatkuasakan oleh undang-undang dan anda menerima pelbagai tindakan yang dikuatkuasakan. Fikir sebaik-baiknya jika anda ingin buat pinjaman dengan pihak bank atau syarikat kredit, jangan hanya suka seketika tetapi sengsara seumur hidup bukan anda saja tetapi penjamin, anak isteri serta keluarga anda. 
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG