lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Selasa

Sambung Bayar

Sambung bayar - kenderaan yang dibeli melalui 'urusniaga' yang tidak sah. Kenderaan yang dalam pinjaman dengan pihak bank adalah tidak boleh di urusniaga sebab kenderaan berkenaan adalah hak bank. Apabila anda berurusan buat pembelian kenderaan sambung bayar, anda sedang 'perjudikan nasib' untuk hilang wang yang di belanjakan dan perhatikanlah artikel berikut :
WASPADA : SAMBUNG BAYAR ANSURAN SEWABELI KENDERAAN TANPA PERTUKARAN NAMA  

Walau apapun surat perjanjian yang dilakukan, ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang penipuan. Ini kerana tuan punya asal masih lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas kenderaan tersebut dan boleh menuntut pada bila-bila masa. Semestinya hak menyambung bayar kenderaan akan terlucut serta merta.
Keadaan akan menjadi lebih rumit jika tuan punya asal kenderaan meninggal dunia. Waris yang layak boleh mengabaikan apa juga perjanjian yang termeterai dengan tuan punya asal kenderaan sebelum itu dan berhak menuntut kenderaan pada bila-bila masa. Ternyata orang yang menyambung bayar kenderaan tidak boleh berbuat apa-apa selain menyerahkan kenderaan tersebut apabila dituntut oleh waris, padahal anda yang membayar ansuran bulanan. Tidak adil bukan?
Jika kenderaan itu dicuri atau mengalami kemalangan teruk, segala tuntutan ansuran hanya boleh dibuat oleh tuan punya kenderaan yang berdaftar sahaja. Dan jika melibatkan kerosakan teruk akibat kemalangan dan perlupusan kenderaan perlu dilakukan, maka pembayaran selepas ditolak baki pinjaman, hanya akan dibayar kepada tuan punya asal kenderaan oleh penanggung insurans.
Oleh itu, anda yang bukan tuan punya asal kenderaan walaupun sah dari segi perundangan dan perlindungan insurans tidak akan mendapat apa-apa bayaran. Namun jangan mengambil risiko besar dengan tidak menukar hak milik kenderaan. Carilah jalan terbaik dengan menasihati tuan punya kenderaan asal untuk berbincang dengan institusi kewangan. Terdapat pelbagai pakej menarik yang ditawarkan. Lakukan penjadualan semula pembayaran atau penyerahan kenderaan kepada insitusi kewangan sebelum tamatnya notis jaduan keempat iaitu notis peringatan terakhir sebelum kenderaan ditarik.
Pilihlah langkah yang selamat dan tidak merugikan anda. Janganlah mengambil risiko menyambung membayar kenderaan tanpa menukar hak milik kerana tiada sesiapa pun boleh meramal apa yang bakal berlaku di kemudian hari.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG