lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Jumaat

Seludup

Seludup - kenderaan mewah yang dibawa masuk tidak mengikut undang-undang dijual dengan harga yang murah. Madus operandi atau MO yang mengelirukan antaranya dengan dakwaan atau tawaran kenderaan pada harga yang murah atau terlalu murah. Berbagai-bagai helah atau kenyataan diberikan bagi memperdaya pembeli yang akhirnya buat pembelian kenderaan yang di seludup, malah ada juga kenderaan yang di curi dan seterusnya dijual dengan harga yang murah. Anda sepatutnya lebih berhati-hati dan sentiasalah update info, antara maklumat dipaparkan di media seperti berikut :
Penjawat awam antara 15 disyaki terbabit seludup kereta mewah   

ALOR SETAR Khamis, 30 April 2015 : Seorang penjawat awam antara 15 yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan kenderaan mewah dari negara jiran untuk dijual di negara ini, kata Pengarah Kastam Kedah, Abdul Latif Abdul Kadir. Ini berikutan Kastam Kedah menyita 81 kenderaan mewah bernilai RM7.58 juta, termasuk cukai sejak Januari hingga Mac tahun ini yang dirampas dalam operasi di sekitar Lembah Klang, Perak, Bukit Kayu Hitam, Durian Burung dan Sungai Petani. "Sebanyak 81 kenderaan mewah disita membabitkan nilai lebih RM2.7 juta dengan cukai dianggarkan lebih RM4.9 juta
"Kebanyakan kenderaan yang dirampas dibawa masuk secara haram dari Singapura dan sebilangan kecil adalah dari Thailand," katanya pada sidang media di sini. hari ini. Abdul Latif berkata, kenderaan jenama mewah itu termasuk Mercedes Benz E240 dan C200 Kompresor; BMW X5 dan 730 Li; Lexus RX300; Mini Cooper; Volkswegen Beetle, Nissan Fairlady dan Volvo XC90. Katanya, siasatan awal mendapati kereta terbabit diseludup masuk dari negara jiran dan dijual kepada orang awam pada harga yang jauh lebih murah - BH Online

Kesan setelah kenderaan yang dibeli di sita sebab terbabit dalam apa-apa jenayah seperti kenderaan yang di seludup atau kenderaan yang di curi, anda akan hilang kenderaan, hilang wang dan kemungkinan boleh di sabitkan kesalahan memiliki atau menyimpan barang curi atau bersubahat melakukan jenayah, terdapat 3 yang bakal anda terima jika disabitkan kesalahan, 1 - di denda, 2 - di penjara 3 - kedua-dua sekali iaitu di denda serta di penjara. Jadi hati-hatilah jika anda menerima apa-apa tawaran kenderaan pada harga murah atau terlalu murah, kebiasaannya tawaran kenderaan dengan harga murah dilakukan oleh penjenayah atau penyamun dan pelbagai dakwaan yang menarik serta mengelirukan.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG