1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Selasa

Tak tahu

Tak tahu - tapi beli kenderaan kereta yang di tawarkan dengan harga murah dan cuma tahu setelah tangan di gari atau setelah di tangkap oleh polis. Untuk makluman, jika anda di tangkap hanyalah perlu masuk lokap saja, itu pun sekadar untuk di soal siasat dan tak ada apa-apa masalah jika anda berikan kerjasama dengan baik, berikan maklumat yang sahih lagi benar serta setelah di bicara atau di hadapkan ke mahkamah dan di dapati bersalah saja barulah di masukkan ke penjara, itu pun setelah dibuktikan anda bersalah. Tak ada apa-apa sebab anda marah pada anggota polis yang tangkap anda, di tangkap untuk di soal siasat sebab dari awal anda beli kenderaan yang ditawarkan dengan harga murah anda tak tanya pun pada penjual samada kenderaan curi atau anda sememangnya terbabit dengan jenayah sebab sengaja memiliki barang curi.
Jangan buat pembelian kenderaan yang di tawarkan dengan harga yang murah atau terlalu murah. Anda sebenarnya berurusan atau berurusniaga dengan penjenayah, penyamun atau perompak. Mungkin ada kenderaan yang di jual dengan harga murah tetapi perlu ketahui pelbagai perkara dengan buat semakkan dengan pelbagai pihak. Jika dakwaan kenderaan kastam, anda tanyalah dengan kastam, jika dakwaan kenderaan bank, buat rujukan dengan bank berkenaan, jika apa-apa dakwaan pun yang dibuat mengenai kenderaan pada harga murah, buatlah rujukan dulu sebelum buat bayaran. Perlu juga bijak, jangan terpengaruh dengan apa-apa janji, jangan guna nombor telefon yang diberikan oleh orang yang menawarkan kenderaan untuk hubungi mana-mana pihak tetapi buat sendiri carian di google atau dapatkan nombot telefon di telekom samada 100 atau 103 untuk dapatkan nombor telefon mana-mana pejabat agensi kerajaan. Alasan anda tak tahu, terpesona dengan kenderaan harga yang murah dan akhirnya anda dapat pakej cuti menginap 2 minggu dengan makan minum percuma tanpa GST di lokap atau nasib anda lebih 'bertuah', dapat penginapan di kondo Pjara antaranya di sungai buluh, simpang rengam atau yang seumpamanya. Tetapi apa yang confirm anda dapat ialah, wang di belanjakan beli kenderaan curi berkenaan 'lesap' macam asap, kenderaan yang anda beli tinggal kenangan dan bersusah payahlah dengannya. Jadi janganlah tertarik pada tawaran dari mana-mana pihak yang tawarkan kenderaan yang cantik dengan harga murah.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG