1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Sabtu

Tempat

Tempat - jualan kenderaan kereta lelong yang terdapat di seluruh 1Malaysia, sekurang-kurangnya satu di setiap negeri, yang terbanyak 5 tempat dan hanya Perlis serta Negeri Sembilan yang setakat ini tiada tempat jualan kenderaan lelong dari bank. Jualan kenderaan lelong dilakukan setiap minggu dari rabu hingga ahad dan terdapat juga lelongan dibuat pada isnin serta selasa ( tertakluk pada perubahan semasa ).
Jika tempat jualan kenderaan lelong ada antara lebih kurang 20 tempat di seluruh 1Malaysia dimana antara lebih kurang 30 - 60 kali jualan kenderaan lelong dibuat dalam sebulan. Di kawasan Lembah Klang iaitu Selangor dan Kuala Lumpur saja terdapat 7 tempat dimana 5 di kawasan Selangor dan 2 di Kuala Lumpur. Jualan kenderaan lelong pula dibuat sekurang-kurangnya 1 tempat pada hari/masa tertentu dan terdapat juga antara 2 ke 7 lelongan yang dibuat serentak pada masa/hari yang sama. Namun perlu diketahui juga tempat dimana jualan kenderaan lelong dan tempat penyimpanan atau stor yang berbeza, ini berkaitan kenderaan lelong di simpan di lain dan lelongan dibuat di tempat yang lain. Tetapi kebiasaannya tempat penyimpanan / stor kenderaan lelong dan lelongan dibuat di tempat yang sama. Jika tempat lelongan begitu banyak, ini menyatakan dengan jelas kenderaan yang dilelong juga begitu banyak. Anda sendiri boleh masuk ke tempat jualan kenderaan lelong, cari dan dapatkanlah apa-apa kenderaan mengikut keperluan serta bajet anda sendiri.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG