1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Selasa

Tipu

Tipu - jualan kenderaan kereta yang di tawarkan oleh penjual dengan harga yang murah. Pihak berkuasa seperti polis telah buat tangkapan serta pendedahan mengenai kenderaan yang di curi dan dijual dengan harga yang murah. Pengalaman saya sendiri semasa berada bersama-sama rakan dari Polis, di maklumkan bahawa kenderaan yang di curi yang di jual dengan harga yang murah pada pembeli. Terdapat juga kenderaan yang masih dalam hutang dengan bank yang di tarik tetapi tidak di bawa ke stor lelongan tetapi di jual oleh penjenayah. Ini berlaku di sebabkan pembeli dalam keadaan 'terkejut' atau 'mengelabah' apabila kenderaannya di tarik tanpa buat rujukan dengan pihak polis atau dari awal berlaku penipuan. Berikut pendedahan oleh pihak Polis mengenai sindiket tipu jual kereta mewah tumpas :
Sindiket tipu jual kereta mewah tumpas
SHAH ALAM 7 April - Polis menumpaskan sindiket menjual kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran palsu dengan tertangkapnya seorang lelaki di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dekat sini pada 4 April lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sindiket yang menjalankan operasi sejak tahun lalu, mensasarkan penjualan kenderaan mewah hasil samun dan curi di sekitar Lembah Klang. Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa geran kenderaan dan cukai jalan palsu serta seunit komputer riba.
Katanya, penahanan suspek berusia 48 tahun adalah hasil maklumat orang awam selepas 15 pembeli yang kebanyakannya ahli perniagaan membuat laporan polis selepas mengesyaki ditipu oleh suspek yang menjual kenderaan mewah di bawah paras harga sebenar. "Antara kenderaan yang diserahkan oleh pembeli berkenaan kepada polis ialah kereta mewah jenis Toyota Vellfire, Porsche dan Mini Cooper.
"Modus operandi sindiket ialah hanya berjumpa dengan pembeli sebelum menawarkan kereta mewah dengan harga yang rendah. "Pembeli terbabit tampil membuat aduan kerana mengesyaki kenderaan yang dibeli adalah kenderaan curi ekoran harga ditawarkan terlalu murah dan terdapat beberapa dokumen yang meragukan semasa urus niaga," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Yang turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah.
Menurut Tun Hisan, hasil pemeriksaan Unit Forensik mendapati kesemua kenderaan mewah terbabit telah ditukar nombor casis dan bagi menyakinkan pembeli semasa urus niaga, suspek turut memberikan geran baru yang dipercayai palsu. Beliau berkata, nilai kesemua 15 kereta mewah yang diserahkan kepada polis dianggarkan kira-kira RM3.4 juta, namun hasil maklumat yang diperoleh melalui pembeli, kenderaan jenis Toyota Vellfire hanya dijual pada harga RM40,000, manakala Porsche RM80,000. "Kami percaya masih ramai lagi pembeli kereta mewah telah tertipu dengan sindiket berkenaan dan meminta sesiapa yang pernah berurus niaga dengan suspek dikenali sebagai Nor Jaya Lokman atau popular dengan gelaran 'Kenong' supaya tampil membantu siasatan. "Suspek kini direman sehingga 9 April ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan, Seksyen 395, Seksyen 397 dan Seksyen 420 kanun yang sama," katanya.
Dalam pada itu, katanya, polis juga sedang menjalankan siasatan bagaimana suspek boleh memiliki geran dan cukai jalan palsu.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG