1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Rabu

Tarik

Tarik - kenderaan kereta yang pemilik asal gagal buat bayaran bulanan pada pihak bank. Proses tarik kenderaan yang dibuat oleh pihak-pihak yang di lantik oleh pihak bank. Kenderaan yang di tarik melalui proses tertentu bagi jaminan kenderaan yang di tarik dalam keadaan yang baik. Penarik kenderaan akan dapatkan senarai kenderaan-kenderaan yang akan di tarik dari pihak bank. 
Penarik kenderaan akan mencari kenderaan samada di alamat terakhir, di rumah, di tempat kerja, di parking di mana-mana tempat yang dapat di kesan kenderaan berkenaan ada. Setelah jumpa kenderaan yang akan di tarik, laporan polis dibuat sebelum dan setelah kenderaan berkenaan di tarik. Sebelum di masukkan ke stor lelongan, gambar dalam beberapa posisi kenderaan berkenaan di ambil. Satu salinan gambar kenderaan yang di tarik di berikan pada pihak bank dan satu salinan gambar kenderaan akan diberikan pada pembeli yang membeli kenderaan berkenaan. Apabila kenderaan di pamerkan pada hari lelongan, pembeli boleh buat pemeriksaan keadaan kenderaan sebelum buat pembelian. Hanya setelah pembeli benar-benar berpuashati pada keadaan kenderaan, barulah pembelian dibuat. Untuk buat pemeriksaan sebelum buat pembelian, anda boleh tengok sendiri semua part kenderaan samada di dalam, diluar, enjin dan di semua part kenderaan. Kebiasaannya hanya kenderaan dalam keadaan baik serta sempurna saja yang dibeli. Oleh itu, kenderaan yang di tarik di pastikan dalam keadaan sempurna serta melalui proses yang di tetapkan oleh bank bagi memastikan kenderaan yang ditarik dalam keadaan baik sebagaimana seadanya.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG