1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Selasa

Bayar

Bayar - bagi tujuan beli kenderaan kereta yang di jual secara lelong, bayaran-bayaran yang perlu disediakan dan apa-apa bayaran yang berkaitan bagi tujuan beli kenderaan yang di lelong. Apakah bayaran yang perlu dibuat bagi tujuan beli kenderaan yang di lelong, antara yang dikerap ditanya dan antaranya bolehlah di jelaskan di sini supaya ianya mungkin boleh membantu anda sebagai pembeli individu.
Untuk masuk di mana-mana tempat jualan kenderaan lelong tidak perlu buat apa-apa bayaran kepada mana-mana pihak sebab kebiasaannya jualan kenderaan lelong adalah dibuat secara open auction/public auction. Tetapi anda perlulah cari mana-mana tempat dan masuklah sendiri serta berikhtiarlah atau berusahalah sendiri untuk ketahui dan buat apa-apa yang sepatutnya mengenai proses serta prosedur asas pembelian kenderaan lelong. Hanya apabila anda perlukan bimbingan atau panduan dari guide service, anda perlu bayar fees service, setelah anda daftar dan bayar fees guide dan anda diberikan bimbingan/panduan pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. Anda dibawa bersama sekali saja ke salah satu saja tempat jualan kenderaan lelong di kawasan Lembah Klang samada salah satu tempat di kawasan Selangor atau Kuala Lumpur. Setelah lalui proses bimbingan semasa di tempat jualan kenderaan lelong, anda diberikan panduan akses online dan dengan akses online berkenaan yang memudahkan anda mendapat pelbagai info mengenai jualan kenderaan lelong khususnya list atau senarai harga serta tempat jualan kenderaan lelong. Dan bagi tujuan pembelian kenderaan lelong, anda perlu sediakan RM 1,550 bagi membeli kenderaan pada harga lelong RM 100 ribu kebawah atau RM 5,550 bagi membeli kenderaan yang di lelong harganya melebihi RM 100 ribu. Bayaran RM 1,550 dibuat di tempat jualan kenderaan lelong dan dikembalikan jika tidak buat atau tidak berjaya beli kenderaan yang dilelong. Jika anda bercadang untuk beli 2 unit kenderaan yang harga lelongnya dibawah RM 100 ribu, perlu sediakan RM 3,100 dan tiada had seberapa banyak kenderaan yang anda boleh beli. Untuk buat bayaran full payment ianya di tetapkan samada 5, 7, 10, 14 hari atau apa-apa yang ditetapkan oleh legal owner kebiasaannya di tetapkan oleh pihak bank. Dan bayaran bagi menentukan status kenderaan sebanyak RM 130 +gst serta bayaran full payment serta bayaran tukarnama RM 100, bayaran insuran dan cukai jalan mengikut cc kenderaan. Tiada atau tidak ada urusniaga sambung bayar bagi pembelian kenderaan lelong dan jika anda ditawarkan kenderaan sambung bayar oleh mana-mana pihak, ianya adalah satu urusniaga yang salah sebab kenderaan yang masih lagi di tuntut oleh pihak bank serta tidak boleh buat tukarnama. Mengenai pembayaran yang perlu dibuat hanyalah fees guide, itu pun jika anda perlukan bimbingan/panduan mengenai proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong, guide service membawa anda ke tempat jualan kenderaan lelong dan berikan panduan akses online.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG