lelong bulanan

lelong bulanan

1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan panduan Akses ONLINE

Isnin

Agensi


Agensi – kerajaan yang membuat jualan kenderaan lelong antaranya kastam jpj polis dan pelbagai lagi. Bagi jualan kenderaan lelong yang dibuat oleh agensi kerajaan ianya mengikut prosedur tertentu yang di tetapkan oleh agensi berkenaan. Kebiasaanya kenderaan yang di lelong oleh agensi kerajaan samada melalui lelongan awam atau jualan secara tender.
Perlu ketahui juga sebab kenderaan berkenaan di lelong, agensi kerajaan seperti kastam, jpj, polis merupakan badan penguatkuasa undang-undang yang bersesuaian dengan fungsinya. Jika kenderaan lelong dibuat oleh kastam, sudah tentulah kenderaan yang diseludup tanpa A P, bagi kenderaan yang dilelong oleh jpj pula ianya melibatkan pengubahsuaian pada kenderaan yang tidak mengikut justifikasi yang sah dan kenderaan yang di lelong oleh polis pula kebiasaannya kenderaan yang terbabit dengan jenayah. Dalam keadaan tertentu terdapat kenderaan yang di lelong oleh agensi kerajaan yang hanya boleh di ambil ‘spare part’ kerana tidak lagi sesuai untuk digunakan. Setelah kenderaan di sita oleh agensi kerajaan ianya melalui proses perundangan yang mengambil masa agak lama tetapi kemungkinan terdapat kenderaan yang masih lagi dalam keadaan sempurna dan boleh lagi di gunakan. Tetapi perlu ingat bahawa agensi kerajaan tidak melantik mana-mana individu atau pihak yang bertindak mewakilinya. Jika mana-mana individu yang menyatakan ianya bertindak bagi pihak mana-mana agensi kerajaan, menawarkan kenderaan dengan harga yang murah atau mendakwa ada ‘orang dalam’ itu adalah dakwaan palsu atau penipuan. Jualan kenderaan lelong oleh agensi kerajaan adalah di lakukan sendiri oleh agensi kerajaan berkenaan dan tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai agen, wakil atau kenderaan di lelong di tawarkan terus tanpa lalui proses jualan lelong.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG