1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Khamis

Buat

Buat atau lakukan sendiri semua proses dan prosedur pembelian kenderaan kereta yang yang dijual secara lelong. Tiada agen, tiada broker dan tiada mana-mana pihak yang boleh mewakili anda bagi tujuan buat pembelian kenderaan lelong. Malah kenderaan yang dijual secara lelong melalui proses yang berbeza jika dibandingkan dengan jualan kenderaan dari dealer usedcars atau jika di beli terus dari pemilik kenderaan berkenaan. 
Proses pembelian kenderaan yang dijual secara lelong kebiasaannya pembeli sendiri lakukan perkara-perkara berikut:-
1. Pembeli individu itu sendiri / anda masuk ke tempat jualan kenderaan lelong
2. Di tempat jualan kenderaan lelong, anda dapatkan list/senarai lelongan yang diedarkan 
3. Berasaskan maklumat pada list/senarai lelongan, anda buat pilihan kenderaan yang diperlukan
4. Antara syarat wajib, pembeli di kehendaki buat inspection/pemeriksaan pada kenderan ketika dipamerkan/view sebelum buat pembelian.
5. Inspection/pemeriksaan bukannya hanya tengok kenderaan cantik dengan harga murah saja tetapi perlu ketahui apa-apa kaitan kenderaan berkenaan dengan JPJ, Puspakom, Polis, Kastam serta pelbagai perkara yang berkenaan prosedur khususnya untuk buat tukarnama
6. Hanya setelah anda sendiri berpuashati pada keseluruhan keadaan kenderaan, dalam bajet kewangan dan anda sendiri yang buat pembelian kenderaan berkenaan
7. Bayaran RM 1,530 atau RM 1,550 bagi mendapatkan kad bidaan bagi kenderaan yang harga lelongannya RM 100 ribu kebawah dan RM 5,550 atau 10% peratus bagi kenderaan yang harga lelongannya RM 100 ribu keatas atau apa-apa bayaran yang ditetapkan oleh tempat lelongan berkenaan yang perlu dibuat bagi mendapatkan kad bidaan bagi membolehkan anda buat pembelian kenderaan yang di lelong.
8. Semasa proses lelongan dilakukan dan ketika no. lot kenderaan yang anda kehendaki di lelong, anda perlu mengangkat kad bidaan bagi tujuan buat pembelian
9. Jurulelong akan menunjukkan ke arah anda dan menyebut perkataan 'sold' yang membawa maksud bahawa anda telah berjaya buat bidaan atau pembelian, ini diikuti dengan proses menandatangani surat kontrak. Surat kontrak merupakan dokumen pertama yang anda dapat setelah berjaya dalam proses bidaan/pembelian kenderaan lelong
10. Sebaik saja dapat surat kontrak, telah selesai proses pembelian kenderaan lelong dan berikutnya adalah beberapa lagi prosedur yang anda lakukannya sendiri iaitu buat pengesahan status kenderaan, buat bayaran full payment, buat tukarnama dan semua prosedur setelah berjaya buat pembelian adalah berkaitan dengan apa yang dinyatakan pada kenyataan di atas di no. 3, 4 dan 5. Ini bermaksud jika anda gagal ketahui atau tidak lakukan apa-apa yang sepatutnya semasa proses pembelian dan prosedur untuk buat tukarnama juga akan mengalami masalah atau sehingga menyebabkan kenderaan yang anda beli tidak boleh buat tukarnama.
Dengan bimbingan EXCEL GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG